Curang: Alasan isteri busuk, hodoh, berubah!!

Sebenarnya aku tak nak komen lebih-lebih. Tetapi hati rasa tak puas kalau tak berkata-kata walau hanya dalam alam maya. Walau hanya 2-3 orang yang baca!


Pasti ramai yang dah baca email yang dihantar oleh Mah seorang isteri yang telah dicurangi selama 10 tahun!!!! MasyaAllah. Suami Mah memberi alasan didalam suratnya bahawa Mah sudah tidak menjaga penampilan, Mah lebih layan anak, Mah tidak bersolek, busuk, dan macam-macam lagi. Sayu dan pedih hati dengar. Faham sangat perasaan Mah.

Alasan pasti ada. Semua orang pandai buat alasan. Bukan manusia kalau tidak pandai beralasan. Tetapi fikir dahulu, jika kita di situasi si isteri. Jika kita yang menjaga anak-anak kecil tu. Jika kita yang tak mampu nak rebah badan pun di siang hari???? Lelaki...memang tak salah berkahwin lain. Tetapi adakah ANDA MAMPU? Mampu dari segi keadilan dan menganggung dosa setiap apa yang kita lakukan dan kita tidak mampu lakukan? Ok...itu isu lain sebab suami Mah tak kahwin! Janda tu tak nak kawin. Nak buat dosa zina sahaja! Nauzubillah~!!

Sebenarnya semua itu hanya alasan bodoh yang sudah lama dirancang sekiranya terkantoi!! Betul tak??? Apabila jumpa kereta baru yang lebih berkenan, mula lah kereta lama dikutuk, di komen! Mula rasa kereta lama tak laju, tak cantik....Persoalannya..kenapa kau tak pegi hantar kereya tu dekat kedai???? Kenapa hanya dalam hati je yang tak puas hati? Cakap je la. Ala..isteri ni kalau terasa pun sehari je. tetapi itu lah lelaki tersebut. Asal jumpa yang cantik, hati mula sentap!

Janda atau anak dara semua sama! Malah isteri orang ada juga yang menggilai suami orang. Entah lah...aku sebenarnya nak meluah perasaan si Mah ni...tapi emo la pulak.

10 tahun!!! Selama itu kau menipu. Kau fikir tak dosa kau banyak mana menipu? Allahuakbar.....sedih sangat kalau jadi Mah. Boleh ke Mah terima? Yes..aku tahu Mah akan terima sebab Mah ada anak kecik yang masih perlu perhatian ayah mereka. Tetapi hati seorang wanita yang telah dicurangi????? Jangan fikir semudah itu untuk melupa. Walau setahun, walau 10 tahun..pasti masih berdarah hati.

Mah bukan seorang celebrity seperti Angelina Jolie, Kim Kardasian yang ada orang pegang anak kiri kanan kat rumah! Bodyguard iring keluar rumah! 

lepas bersalin dah ada orang bawak baby.

Mah bukan ada driver yang boleh bawak dia ke spa, gym dan sebagainya untuk urus badan dia.

Mah bukan superwomen yang boleh tidurkan anak semua sekaligus dan berlari berdandan sebelum suami balik. Pernah tak suami berak kencing sambil pintu toilet terbuka? Pernah tak suami mandi tak sampai 3 minit anak dah meraung kat luar?? Pernah tak suami buat semua tu without menegking, menendang anak????

Mah- Beli barang kemas sebab dia pun mahu rasa berhias untuk diri dia. Dan itu je perhiasan yang paling pantas untuk dia.  Toner, make up, foundation.....anak jerit dulu.

Tetapi Mah tak tahu suami dia sudah mula punya taste yang tinggi sejak jumpa dengan JANDA itu! (hanya perempuan dalam kisah itu sy maksudkan)

Mah tak sedar suami dia semakin tinggi mantainance dia sejak jumpa perempuan itu!!

Mah tidak tahu pun suami dia tidak gemar apa yang ada pada Mah sekarang.

Kalau suami Mah mampu gila nak berkahwin, takut Allah...kenapa pertama kali terjebak tidak berterus terang pada Mah? Pokok pangkal disini,,,,,,,IMAN!!!!! Ya...Iman! Jika iman seseorang itu kuat, hatinya tidak mudah tergoda dan tidak membiarkan dirinya dikuasai nafsu wanita! Jika pergaulan sekeliling dia orang-orang masjid, maka perbuatan dia bukan begitu. Tetapi para isteri, lihatlah dengan siapa suami bergaul? Kaki karok...kaki wayang..kaki lepak....dan mudahlah dia terjebak.

Sabar lah Mah, apa pun yang Mah akan buat, ingat, Allah tidak menguji hambaNya diluar batas mampu mereka. Berubah lah Mah, untuk masa depanmu. Syukurlah suami mu mahu meninggalkan perempuan itu. Jangan berhenti berdoa Mah.....Doakan kesejahteraan dan perubahan suamimu...

Walau apapun balasan kita, kita tetap kalah! Suami tetap benar. Cuma berharap suami-suami fikir dengan baik, tanya diri...dulu, aku yang gilakan isteri aku, dulu aku menangis rindukan dia...kenapa hati aku mudah berpaling? Bagaimana jika hati isteri aku juga berpaling? Sedih dan marahkan? Jaga amanah yang ALLAH beri pada mu wahai sang suami. Ingatlah, dunia hanya sementara. Di syurga Allah telah janjikan bidadari lebih indah dari wanita di dunia yang engkau kejar. Maka, kejar lah akhirat...kejarlah syurga!!! Bawaklah keluarga kamu bersama. Jaga iman, jaga mata, jaga hati kamu apabila luar dari rumah...In shaa Allah selamat!



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox