Peserta Marathon Antarabangsa Rafiqin Hilang diSekayu.

Bismillah...entry kali ini agak sensitif terutamanya kepada keluarga arwah Rafiqin dan rakan-rakan beliau. Saya terpanggil untuk memberi pandangan saya dan beberapa orang rakan saya yang mengenali ayah arwah iaitu En Azman.

Sudah tentu ramai yang tahu mengenai kronologi kish arwah yang ketika itu menyertai marathon antarabangsa (junior) anjuran NGO. Berdasarkan maklumat yang saya dapat dari ibu kepada rakan sekolah arwah, pelajar tingkatan 4 itu menyertai pertandingan marathon yang dianjurkan oleh pihak luar di sekitar Hutan Sekayu, Terengganu dan bukan anjuran sekolah. Sepatutnya, abangnya juga menyertai namun saya tidak pasti kenapa abang Rafiqin tidak menyertai marathon tersebut.


Sumber yang saya dapat lagi katanya, adik Rafiqin hanya sempat melalui checkpoint yang pertama sahaja dan kemudian hilang dari kumpulan junior tersebut. Kehilangan itu disedari setelah semua pelajar tiba digarisan penamat dan beliau masih belum dijumpai.

Menurut rakan saya yang lain, setelah menjumpai mayat Rafiqin, mereka memberitahu ayah arwah bahawa anaknya sudah dijumpai sahaja dan tidak menyatakan bahawa beliau sudah meninggal dunia kira-kira 48jam yang lalu. Sungguh sayu hati En Azman apabila melihat pihak bomba membawa usungan mayat anaknya yang terbujur kaku. En Azman dikatakan hampir rebah lemah begitu juga abang dan ibu arwah.

Pelbagai spekulasi dibuat berdasarkan cerita adik Rafiqin namun hanya Allah yang tahu apa terjadi. Nama lagi berada dihutan, macam-macam boleh berlaku disana. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana khuatir akan mengguris hati keluarga mangsa. Tetapi betapa mereka sangat tabah ketika rakan-rakan datang menziarah jenazah, ayah mangsa begitu tabah dan tenang disamping jenazah. Betul. Mereka harus redha. Menangis tiada guna kerana anak mereka tidak mungkin kembali. Alhamdulillah keluarga mangsa dapat menahan sabar dan tabah sewaktu pengebumian dan diharap mereka terus redha agar roh mangsa tenang disana. Innalillah hiwainna ilaihirojiun.

Apapun terjadi, itu adalah ajal dia. Sudah takdir dia untuk ke sana dan hilang disana. Kita harus terima. Semoga roh tenang dan berada bersama golongan yang beriman. Amin.


Comments

  1. sedih sgt baca berita ttg adik rafiqin. semoga keluarga arwah terus tabah. alfatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Ini dugaan utk ibu bapa mereka. semoga anak ditempatkan ditempat yang indah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox