Tanda - Tanda Awal Kehamilan yang kita tidak tahu.

Dah lama tak share sesuatu regarding pregnancy atau kehamilan. Malam tadi ada blogwalking kat blogger dan website tentang tanda-tanda awal kehamilan ni. Mostly perkara yang sama dan biasa kita baca. I'm looking for the different. Bila aku cari, terjumpa satu blog ini dia simpan semua tanda-tanda yang dia peroleh maybe dari kawan-kawan.

Jom kita sama-sama tengok:


tanda awal kehamilan

Ada pelbagai tanda kehamilan dan ia berlainan bagi setiap orang. Kadang-kadang anda akan rasa tanda ini, tetapi tidak menyedarinya. Kadang-kadang suami anda yang merasainya. Ajaibkan.
Mari kita lihat, apa tanda-tanda yang biasa dirasai oleh ibu-ibu sebelum mereka menyedari yang mereka hamil.

Tanda-Tanda Awal Kehamilan yang Anda rasa sebelum Disahkan Hamil

Haid sahih lewat sebab saya ni haid tetap - sue
Badan asyik berangin sahaja - ibualya
Selalu rasa seram sejuk, tidak boleh langsung kena air sejuk - hani
Demam-demam, batuk-batuk dan selsema. Badan memang penat dan lemah sahaja. - ayu
Demam tiba-tiba dan puting rasa pedih bila anak menyusu. Kuantiti susu perahan juga berkurangan - niza
Lidah rasa pahit dan tidak ada selera makan. - najihah
Kerap buang air - halida
Rasa pemalas sangat-sangat. - fiza
Sakit pinggang yang amat. Serba tidak kena. Apabila sepatutnya datang haid, sakit perut sangat, kejang. - cikzura
Saya tidak boleh makan nasi. Jika makan, saya akan muntah - hema
Saya dan suami demam serentak. Tekak rasa tidak selesa.- Mrs A.H
Selera makan yang melampau - shazie
Rasa sakit berdenyut pada rahim. Mula rasa sakit yang sepatutnya jadi hari kedua haid - lovelyrose
Ada brown spotting (implantation bleeding) - yana
Seminggu sebelum period saya sudah rasa perut tegang, payudara sakit di bahagian puting dan berdenyut-denyut di sekitarnya - khailyn
Badan rasa panas. - ladyamal
Banyak air liur. Sering berludah - Kirana
Kulit berminyak dan berjerawat. Saya jadi sangat sensitif tidak bertempat - krsty
Tidak boleh tengok skrin laptop lama-lama, pening kepala dan rasa hendak muntah - iman
Banyak keputihan yang keluar, kemudian rasa pening macam hendak pitam - reese
Suami demam teruk. Sampai kawan-kawan suami cakap, isteri mengandung agaknya. Dua tiga hari saya sakit bahagian pinggang rasa cekang semacam  - idayah
Degup nadi di perut makin ketara - lollypop
Suami akan ada selera yang tinggi, senang lapar, sampai saya terpaksa layan dia makan. - hana
Tidak suka bau goreng-goreng - Jenny
Instint yang kuat sangat rasa diri memang mengandung. Memang yakin sahaja walaupun belum due haid sampai beritahu suami kata dah ada 'isi' - chamomile
Keluar keputihan pekat, macam susu. Kulit bersih tanpa jerawat. - Rara

ha....ini lah yang jarang diperkatakan tetapi adakalanya mengena. Walau apapun, jika rasa ada kelainan, segeralah buat medichal checkup untuk berita gembira itu!!!!

Selamat Mencuba!! Dan jangan lupa ambil vitamin yang  sesuai untuk anda dan bayi anda!
Cikgu Zack

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox