Impian Setiap Isteri Di Dunia

Impian setiap isteri even surirumah mahupun bekerja. Idea datang macam-macam semasa lapang, ini kisah aku seorang cikgu dan juga mereka yang bekerja. Sama tak dengan impian saya??kekekekeke.

Apabila balik dari sekolah, dalam kepala macam-macam nak buat. Dalam tempoh jam 3 hingga 5.30. Ada lebih dari 10 perkara nak buat. hmmmmm.....apa ye??

1) Basuh Baju

Memang tak dinafikan baju banyak sangat perlu basuh. Nak-nak musim hujan pulak sekarang. Jadi masa dok basuh baju tu, fikiran mula melayang keadaan bilik laundry yang cantik, kemas....ohhhh..bestnya!!! Sedang membasuh tiba-tiba......






2) Basuh Pinggan Mangkuk

Nampak pulak beberapa pinggan atau botol susu yang belum berbasuh....sudu banyak pulak tu kat sinki..ishhhhhh...tak sedap tengok, sinsing lengan baju, mula menyental perkakas dalam sinki...fuhhhhh..baru tenang hati dan mata tengok!!


mengidam nak kicthen begini....kalau lahhhhhh...(keep dreaming)

3) Tengah susun pinggan mangkuk, nampak pulak penyapu dan penyodok.....ish...bersepahnya lantai kat luar. Sapu kejap...sapu sana, sapu sini....siap! Ala kadar sahaja.....

4) Lipat Baju
Ini pon salah satu agenda! Nak lipat baju berdozen!!! Aduhhhh..penatnya...rehat kejap...golek-golek 5minit, then solat zohor. Laa..dah pukul 4.30...lapar lah pulakkk..

5) Masak

Nak sangat masak sedap-sedap. Tetapi masak ala kadar sahaja lah...untung punya suami yang gemar makan nasi goreng udang kering..mudah, cepat, sedap!!! Malam boleh rehat dah..

6) Masuk bilik mandi....hati rasa nak sental bilik mandi. Tunggu hujung minggu lahhh...tak sempat dah ni, dreaming kejap tentang bilik mandi.




7) Kemas Rumah

Memang setiap hari terasa mahu mengemas. Tetapi baru sapu je lantai, sudah bersepah mainan. Baru kemas, sudah ada yang terkeluar. aduiiiiii...Nak ambil baby dah ni, tolak-tolak je lah. Malam nanti kemas.


Ha....ada tak yang saya fikir ini dalam pandangan saya, memang nak buat. Nak lehat rumah dalam keadaan kemas dan bersih. tetapi apabila anak-anak kecik ni mula berlumpa basikal dalam rumah....huhuhuhu.

cun sangat!!!!

Jadi persoalannya....banyak yang difikirkan tetapi hanya sedikit yang sempat dilakukan. Sedikit sahaja masa yang sempat diguna. Tengok situ, nak setel situ, tengok sini nak setel sini..belum bab bilik tidur lagi kena lanyak dengan anak-anak....ohhhh..

Comments

  1. kesimpulannya.. sila cipta mesin lipat kain..hahhahaa.. memg dreaming sgt dr zaman study dulu, tolong laa ada yg bijak pandai cipta mesin lipat kain.. adehhh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox