Entry Khas Untuk Abang!
Selamat malam semua!!!
Sedang aku masuk bilik nak solat Isyak tadi, ku renung wajah anak sulungku Ahmad Wafi Arryan. Sayu hati apabila melihat dia. Lalu terus ku peluk dia. Ku cium dia. Ku usap rambutnya..ku doakan agar abang jadi anak yang soleh..beriman dunia akhirat.
Aku berbisik padanya yang ibu mohon maaf sangat2 tatkala aku sering memarahi abang. Aku terasa bersalah kerana agak berat sebelah dalam melayani anak-anak. Ya Allah..berdosanya aku.
Aku tahu, sejak ada adik, aku sering meletakkan dia ditangga kedua. Tetapi ada sesetangah hal aku dahulukan dia, makes him feel important to us. Tetapi kadang-kadang abang kena banyak mengalah dengan adik. Nampak muka dia memprotes tetapi aku pujuk cara lain sebab abang ni mudah dipujuk. Memang tak dinafikan setelah mempunyai adik, abang sering kena marah. Kena marah sebab bising adik nak tidor, kena marah sebab berebut mainan dengan adik, kena marah sebab mintak itu ini. ADUHHHH...bersalah betul aku. Rasa macam ibu yang tak berguna!
Tetapi, aku cepat-cepat sedar, aku perlu lebih adil sekarang memandangkan Umar sudah agak besar, sudah faham arahan. Jadi dia juga perlu diajar untuk give and take dengan abang dia. Kadang-kadang perlu bertegas juga dengan Umar walau hasilnya agak teruk. Dia menangis, teruk..lalu muntah. Itu lah peel Umar. Lain pula abang, mudah dipujuk. Abang perlu rasa aku tetap sayang dia. Abang perlu tahu aku selalu lebihkan dia.
Ibu takkan lupa sewaktu ibu jatuh dalam kehidupan dulu, abang banyak membantu ibu dalam kehidupan kita. Sewaktu hanya kita dan adik jer ada, abang dan adik lah penguat semangat ibu, kerana anak-anak lah ibu boleh berada disituasi sekarang. Ibu sangat berhutang budi denganmu anakku!!
Ibu janji, ibu akan lebih adil dalam memberi kasih sayang dan perhatian, maafkan ibu jika selama ini ibu terpaksa buat abang 'waiting' dalam banyak perkara. In shaa Allah lepas ini ibu akan baiki. Syukur papa ada untuk ganti tempat ibu, sebab itu abang lebih rapat dengan papa. Tak mengapa sebab papa pun keluarga kita. Papa banyak tampung lompong-lompong yang ibu tak mampu buat untuk anak-anak ibu.
Ibu sorry sayang, sesungguhnya ibu sayang sangat abang, ibu doakan abang menjadi anak yang soleh, beriman, bijak, penyabar, selamat dunia akhirat.
Comments
Post a Comment