Saat Kelahiran Anas Mikael Part 2

Saat Cemas Di Dalam Kereta…

7pagi. Aku dan suami dah sedia nak ke hospital. Sakit dah tak tahan tiap kali contraction..tetapi boleh tahan sebab amalkan pernafasan tersebut. Angkut semua barang masuk kereta, angkut anak-anak.

Dalam kereta nak hantar Umar, contraction dating..aku tak boleh cakap..tarik nafas..tarik nafas!!! Ya Allah….begini rasanya contraction yang cepat..aku doa dan doa. Selesai hantar Umar, suami pulak sakit perut!! Aduhhh..terus aku gelak….aku yang sakit, dia yang cuak..hihihii

Suami kata dia kena patah balik rumah..tak selesa melepas hajat tempat lain..aku terpaksa menurut!! Laju suami aku bawak kereta...sebab aku ke sebab dia sakit perut?? Hahahhaa….gelak dengan dia..eh, nak datang dah contraction…diam...lepas contraction, sambung gelak....
Perjalanan ke rumah aku rasa lamanya...4-5 kali surge ni!! Menggila sakit ni..suami kata “ibu ni memang nak bersalin dah ni...muka berkerut semacam dah..”
Tunggu pulak suami dalam kereta..aduhhhh..Ya Allah....tahan-tahan..tak rasa nak berak lagi ni..tapi sakiiiiittttttt.

Ok...siap..nak ke hospital..eh, abang, syg kredit tak de ni....
Jom beli topup dulu. Nak dijadikan cerita...1jam dalam kereta...nak sampai hospital mengalahkan perjalanan ke Kuala Terengganu dah jauhnya. 3 perhentian semua tiada topup. Aku dah mandi peluh dah. Sneekers yang suami beli pun 2 gigit je mampu. Air kotak milo...yang lain...fikir nak sampai hospital cepat-cepat.

Aku jangka bukaan dah 5cm masa tu..huhuhu..sebab sakit yang terlalu kerap. 3minit pun rasa tak sampai.


KETIBAAN DI WAD BERSALIN, HOSPITAL DUNGUN.

8.22pagi -  Tiba di wad bersalin. Terus aku ke meja nurse, bawak buku, tahan sakit. Aku cakap aku dah sakit perut. Tanda??? Tiada tanda..hanya contraction kerap sangat.  Surat GL, IC semua aku bagi. Nurse macam tak percaya lagi..tapi tak marah...Dia Tanya nak tukar baju dulu atau nak buat VE??? (Vagina Examination) Aku jawab check jalan dulu...saya sakit sangat.

Setelah VE, nurse cakap dah 3cm...aku dalam hati.. 

“What????? Baru 3?? Aku separuh nak mati dah menahan sakit..huhuhuhu

'' Ohhhh..aku jawab..

Nurse mula pasang CTG untuk pantau jantung baby. Contraction datang...alamak...memang sangat tak sedap keadaan berbaring terlentang begini...tapi still bernafas tarik hembus macam tadi. Ok..hilang...

8.32 – Nurse datang tengok CTG..diorang saling tengok graf. Bercakap sama diorang. Aku malas nak fikir sebab takut surge ni...ada nurse yang daftar aku tadi cakap jantung baby tak cantik saat contraction berlaku. Kalau berterusan begini, hospital kami tak benar bersalin disini sebab tiada kelengkapan lengkap jika kena operate..jadi kena hantar ke hospital besar Kuala Terengganu. Aku angguk. Doa..doa...Ya Allah..pelihara anak ini..elokkan lah graf jantung baby! Amin!

Masih sempat WhatsApp suami berita terkini.

Nurse lain datang tanya: Makan tak pagi tadi?

“Tak..minum milo je..”

“Patut lah graf tak cantik..maybe baby lapar..lemah apabila contraction...Lepas ni suruh suami beli roti, makan dulu yer..takut nanti takde tenaga nak teran.” Pesan nurse.

Aku angguk sahaja.

8.45 – Aku dah nak terberak tiap kali contraction. Penat kepit dah..mengiring untuk kurangkan sakit..tak jadi..berpeluh!! Tak tahan!!!

“Nurse!!!!” Jerit aku...tak lah menjerit..panggil nada kuat sikit sebab nurse jauh.

Nurse datang.

“Saya nak bangun!!! Tak tahan dahh..nak terberak!!” luah aku sambil nak nangis tapi tahannnn..Mata dah berair sebab tak tahan dah..terketar-ketar tangan dan badan aku.

Nurse “Tak boleh..kalau awak bangun, lagi lambat nak pantau jantung baby..lagi lama awak kena baring...” Nasihat beliau.

“saya nak membuang dah rasa ni....” Rintih aku

“ok..kita buat VE sekali lagi...”

“Eh..dah 5cm...” Nurse panggil yang lain untuk bincang. 

Staff nurse datang dan beri kebenaran sebab graf dah okay. Mulanya cadang bersalin dikatil itu sahaja tetapi nurse kata masuk LR lah..katil besar sikit. Aku cepat-cepat bangun..tinggal semua..hp..purse..(jangan tiru macam aku ye..)

Sampai katil LR..aku cuak jugak..sebab tak sangka nak bersalin secepat ini. Bukak baju main campak je semua kat lantai..huhuhu. Aku tengok jam...8.55pagi.

Naik katil bersalin menambah debar dalam hati. Nurse kelam kabut sedia bahan-bahan. Srup srap bunyi palstik macam-macam dibuka. Kebetulan waktu itu ada doctor yang membuat rondaan wad. Dialah yang akan bagi arahan pape. Doktor datang buat VE.

“Full dah OS ni...” katanya

“Boleh teran ke doctor?” Tanya aku. Lega sebab sekajap je aku perlu tahan contraction

“Eh..boleh..bila sakit boleh dah ni..”

Contraction datang lagi..aku mula teran sikit untuk kurangkan sakit tapi nak terkencing pula..cepat-cepat beritahu doctor.

Forward sikit cerita ni.....
.
Jam 9.15 pagi aku telah selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah iaitu bayi lelaki yang ke 3 kami seberat 3.2kg. Alhamdulillah!! Terima kasih Allah. Dan saat bayi keluar, mereka meletakkan bayi di atas dadaku...skin to skin...cord clamping pun sewaktu aku dan baby bersentuhan. Dia tidak nangis semasa potong tali pusat. Aku gembira sangat plus tidak percaya bahawa baru subuh tadi aku mengadu sakit, 9pagi aku dah melahirkan. Allah Maha Mendengar doa setiap hambaNya! Aku selalu doa agar tempoh sakit itu sekejap sahaja.

Apabila diberitahu suami, dia dah dapat agak sebab tiada khabar berita dari aku selepas wasup aku yang terakhir. Syukur walau tanpa suami disisi, Allah ada disisi aku..itu yang suami pesan pagi tadi.

Semuanya berlaku pantas. Pakaian baby pun nurse yang selongkar dalam beg aku..hihihi. Tak sabar nak memeluk baby dalam wad..!!

Tamat al-kisah aku dan baby...ke nak sambungan semasa berpantang pulak?? hihihi...kalau ramai nak..aku akan sambung mengarang....

ohhhh lupa...selepas masuk wad...aku terus telan SET BERSALIN SHAKLEE dan minum ESP untuk kembalikan tenaga aku tadi. Alhamdulillah..tak rasa penat ape pun..hanya perut sakit sebab rahim nak mengecut.


Comments

  1. Tahniah..dapat baby..
    cikbalkish.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hadoiii.. seriau baca . Anw Tahniah atas kehadiran baby baru. Selamat Berpantang ye..

    http://notachentamummy.blogspot.my/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Merawat Anak Demam Chicken Pox

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.