Salam Maal Hijrah...Salam Perubahan.
Bismillah..
Alhamdulillah, tahun ini Maal Hijrah datang dengan seribu rahmat...Allah kalau nk beri hidayah, sekelip mata boleh datang...hmm...ataupun, setiap Ujian, dugaan y datang dr Pencipta kita, ada hikmah disebaliknya. dan yes, aku diduga dengan ujian yang sangat berat di akhir tahun hijrah lepas. Bg aku, dan bg rakan2 y tahu ianya satu dugaan yang sgt berat..tp Alhamdulillah..berkat doa semua, berkat ujian Allah, aku terasa perubahan y slama ini aku abaikan iaitu dekat dengan Allah. aku mula muhasabah diri...betul lah kisah yang aku penah bt entry y lalu, kisah pekerja dan duit syiling bila kita dpt ujian, bru lah kita mencari Allah, mengadu pd Dia. dan jgn igt hya sementara.... Setiap ujian, musibah, dugaan yang Allah beri, ada sebab, dan Dia pilih siapa y layak dpt ujian dr Nya.
Kenapa begitu? Kerana Allah sayang hamba tersebut. Allah mahu dengar hambaNya mengadu pd Dia, merayu, meminta pertolongan. Allah nk hapus dosa2 yang telah lalu, Allah nk beri peringatan spya jgn lalai, jgn ego, jgn sombong. Dan Allah pesan, dlm surah Al Baqarah: Jika kamu ditimpa ujian, dugaan, musibah, Allah hya minta hambaNya bersabar, doa dan solat, yang lain, Allah akan tunjuk jalan...
Air mata sudah hampir kering,..no more..tp hya utk Allah ia gugur. |
Dan kisah aku ini..bru aku sedar, slama ini aku anggap ujian ini xkn kena pd aku..tp Allah Maha Kuasa, sekelip mata Dia boleh balik kan hati manusia..bg aku itu adalah salah satu tanda kekuasaan Allah...Allah memegang hati manusia. tersentak aku dr keegoan, kesombongan, aku dikejutkan oleh Yang Kuasa...Zairul, kembalilah pd-Ku. Ya...selama ini aku hya melakukan sekadar saje. Islam hya pd nama. Buat y wajib dan kdg2 ada juga tertinggal...perasaan berdosa susah nk dtg..Masyaa Allah.
Aku bersyukur..aku bersyukur...jika ini hikmah Mu Ya Allah, aku bersyukur..dan selagi Engkau beri aku peluang bertaubat, berdoa pd Mu, aku akan terus meminta..seseorang pernah berkata, bila berdoa, kita harus tamak..yes..aku mula tamak..kerana aku tahu Allah suka hambaNya yg berdoa, meminta, merayu pdNya..yes! Benar sebab Dia pemilik alam ini, Dia Y Berkuasa, Dia Mengetahui. Walau dugaan ini masih belum berakhir, hati masih luka, tp aku sedang meminta agar aku dpt merasa kecintaan, kebergantungan pd Mu Ya ALLAH. walau sebesar zarah...aku mahu rs cinta pd Mu. dan, berilah aku kekuatan,kesabaran dlm menghadapi dugaan yg Engkau berikan ini. Tunjukkan aku jalan agar dpt aku harungi ujianMu ini Ya Rabbi. Tingkatkan iman aku agar aku tidak tersungkur jatuh, berilah aku hidayah-Mu.
Syukur...aku bersyukur. |
Tahun baru hijrah ini, aku berharap agar setiap perubahan, setiap hijrah yg aku lakukan menjadi istiqamah, menjadi sebati dlm dri ku. agar aku sentiasa dekat dgn Mu. Sentiasa mengharapkan Mu. Aku ingin menjadi wanita, isteri n ibu y solehah di dunia dan akhirat. aku ingin bahagiakan mereka yang menghargai aku, y mencintai aku..Bimbinglah aku, beri aku petunjuk, supaya aku dpt merasai nikmat bahagia Mu Ya Allah...
Aku bersyukur, tahun baru ini..aku ingin mencari redha-Mu..
Love,
Z
Comments
Post a Comment