Jaundise: demam kuning

Demam Kuning dan pendedahan


Bismillah dan salam Jumaat...hari ini terdetik mahu bercerita tentang demam kuning... sebabnya anakku yg kedua Ahmad Umar Ukasyah (lihat gambar) kena demam kuning hari kedua selepas lahir...kesian sgt...ibu pon terpaksa bermalam dihospital selama 4hari 3 malam...waaaaa..emosi ibu time tu...pantang entah kemana..ke laut lahh...!!


Kesian sgt tgk die tido dlm tu..xde pakaian...tu pon aku letak selimut kt tepi sbb die mudah terkejut klu xdi bendung.

memang orang kata..alaaa..biasa la tu kuning..tp yg tak merasa dok hospital  tp kt Dungun, ibu d beri kebenaran tggu skali ngn baby..sakit urat abes la..katil kecik..mandi air sejuk..lapar..mknan sama everyday. ..tgk bby nanges kena amik darah..menitik air mata tgk die dok bwh lampu tu..huhuhu..(mode sedih activate) 
mcm2 buat nk bg kuning turun smpai aku perah air anggur hitam bg kt die..Alhamdulillah beransur turun.

ok...apa itu Jaundise??? mari kita tgk sedikit artikel dari Miss G Han...

 apakah itu jaundis?

Tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang hari keempat  dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran.*bagi kes prolonged jaundice,ada yang mencapai sebulan atau lebih untuk hilang sepenuhnya* jaundis bukanlah petanda anak kita mengidap apa-apa penyakit tau!

Kebanyakkan kes demam kuning atau dalam istilah perubatan; Jaundis tidak berbahaya dan boleh hilang sendiri jika tahu cara mengatasinya. Bagaimanapun, jangan kita ambil ringan kerana dalam kes tertentu ia boleh membahayakan kesihatan dan pertumbuhan bayi. Dan mereka memerlukan pemerhatian rapi dari doktor.

Tapi saya percaya masih ramai para ibu bapa yang masih mengamalkan amalan petua lama dan akibatnya apabila demam kuning bayi meningkat bayi ditahan diwad dan ibu yang masih dalam pantang terpaksa berulang alik kehospital untuk menyusukan bayi mereka. Tidakkah itu menyusahkan si ibu gara-gara amalan petua lama.


Bila bayi mudah diserang demam kuning?

Biasanya berlaku dari hari pertama hingga ke-4 tetapi bergantung kepada jenis demam kuning. Sekiranya selepas 14 hari bayi anda tidak ada tanda-tanda diatas, mungkin bayi anda terselamat dari terkena penyakit utama bayi yang baru lahir ini.

Apakah punca demam kuning?


1. Masalah serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal.
2. Kurang diberi susu ibu.
3. Jangkitan atau kelahiran yang trauma

Apakah Rawatan Demam Kuning?

Tahukah anda antara rawatan yang akan diberikan sekiranya si bayi tadi dikenalpasti menghidap demam kuning adalah fototerapi:

- penggunaan cahaya bililight (bukan dengan cahaya matahari) Bayi dibogelkan, mata mereka ditutup dan diletakkan dibawah cahaya bililight dan akan diteruskan sehingga bilirubin menurun.

- Dalam kes tertentu, penukaran darah bayi akan dijalankan kerana ini langkah yang cepat jika BACAAN KUNING melebihi 25 mg/dL

Bagaimana Mengenalpasti penyakit demam kuning:

1. Jika bayi anda asik mengantuk, kerap tidur, tidak kerap membuang air besar dan kurang menyusu seperti biasa sila periksa kulit bayi anda.
2. Pemeriksaan sendiri boleh dilakukan dengan menekan kulit bayi dibawah cahaya yang banyak.
- Tekankan secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada.
- Sekiranya ada kesan kekuningan selepas jari diangkat, bayi anda mengalami demam kuning.
- Jika yang berkulit gelap, periksa pada gusi atau mata putih. Jika warna kekuningan sila dapatkan rawatan selanjutnya diklinik-klinik berhampiran
3. Darah bayi diambil untuk mengetahui kandungan bilirulin. Sekiranya kandungan bilirulin tinggi dalam darah pengawasan rapi doktor diperlukan.

Kesan Demam Kuning Terhadap Bayi Jika Serius Tanpa Rawatan Yang Betul:


1. Pendengaran bayi akan terjejas
2. Proses perkembangan otak bayi akan terganggu.

Risiko Demam Kuning adalah tinggi sekiranya:


1. Bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan.
2. Bayi lahir pramatang (sebelum 28 minggu)
3. Darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan
4. Sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning.
5. Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin (ubat mempercepatkan kelahiran)
6. Jangkitan atau kelahiran yang trauma .

Susu ibu cara pencegahan yang mujarab!

1. Susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat mengelakkan bayi dari terkena serangan demam kuning. Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin.
2. galakkan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam

Cegah sebelum terlambat!!


Jadi, bagi ibu2 yang akan melahirkan, saya ada beberapa set berpantang untuk ibu2 yang mana boleh di ambil walaupon anak kena jaundise yer..

  Set penyususan/set berpantang (Pakej E)..anda boleh pilih.....



Jika ingin tahu lebih lanjut, sila hubungi saya:
SMS/WhatsApp: 0134576329 zack
Fbook: Ibu Umar Arryan
Email: zairul.akmal@gmail.com
Web: https://www.facebook.com/Healthybeautyeasylife
Blog: http://zairulakmaldaylife.blogspot.com/

 

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox