Kejang Betis ketika Hamil? Cara elakkan kejang.

Tips elakkan kejang kaki ketika hamil

Kejang kaki atau cramp semasa hamil amatlah menyakitkan...saya sendiri alaminya tetapi Alhamdulillah first pregnant 1x and second pregnant pon 1kali..yg second ni trasa hingga ke pagi sbb myb byk bjalan b4 tu...sakit kn?? angguk bg yg pnh alaminya..hihihi..


Mari kita lihat artikel dari babycenter...

Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:

  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam.

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:

  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.


senaman regangan tapak kaki
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Gunakan bantal untuk menyokong tapak kaki
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air. Sekurang-kurangnya 2@3 liter sehari.
  • Perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan kalsium, magnesium, potasium seperti pisang dan produk tenusu. 

 Jika ibu-ibu diluar sana mencari apakah produk yang dapat memberikan sumber kalsium dan magnesium tambahan kepada anda ketika hamil, SHAKLEE ada menawarkan produk yang diberi nama OsteMatrix. OSTEMATRIX boleh membantu membekalkan tambahan kalsium, vitamin D dan magnesium kepada anda. Dengan pengambilan 1 biji tablet ostematrix ianya bersamaan segelas susu tinggi kalsium atau bersamaan 80 biji badam.





Badan tak lenguh2
Kurang cramp kaki

haaa...banyak lagi faedahnya Ostematrix ni..selain dr ibu mengandung, ibu menyusu, kaun hawa,kaun adam di luar sana juga sesuai mengambil oste ni memandangkan kita kerap menggunakan tanaga sepanjang bekerja dan kalsium sangat banyak digunakan...dapat elakkan sakit pinggang, belakang, kuatkan gigi..

Mesti anda tertanya2 berapa harga dan apakah lagi istimewa ostematrix ni kn??

dapatkan harga HOT dari saya dan sila LIKE page saya 
https://www.facebook.com/Healthybeautyeasylife untuk dapatkan lebih informasi mengenai produk SHAKLEE ni..

 sms/whatsapp: 0134576329 Zairul
Facebook: Ibu Umar Arryan

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox