Kenapa perlu pilih produk Paraben Free?


Sejak dua menjak ini saya terbaca tentang produk shaklee yang mengatakan PARABEN FREE!! Apa produk itu nanti saya cerita. Jadi saya rasa perlu faham dulu apa itu paraben? Sama macam steroid ke?

Hasil pembacaan saya semasa blogwalking di Nanakimie dan Sepet ini dan apa yang saya faham:::::

Paraben ini adalah sejenis serbuk macam serbuk kopi (korang cuba bayangkan) yang dijadikan sebagai bahan pengawet sintetik. Bahaya ke paraben ni??

Mengikut kajian, bayang je paraben ini nama keluarga dan nama family dia Butylparaben ada Methylparaben, Propylparaben, Isobutylparaben...haaaa....itu memang ada paraben lah dalam ingredient produk tersebut. Jadi kalau korang check kat belakang kotak produk, ada perkataan paraben dibelakangnya maka memang ada paraben!!!!

Paraben ni banyak digunakan dalam kosmetik, makanan, pharmaceutical (ubat pon ada!) dan juga deodorant!!! Check la produk kosmetik masing-masing. ada paraben ke tidak. Tanpa paraben produk korang tak akan bertahan lama.

Kenapa?? Sebab paraben ni kuat. Dia stabil di udara, kat kawasan panas, sejuk mahupun semasa di sterilize! haaa...hebat kan??

Paraben ini juga bertindak sebagai antifungus @ antibakterial iaitu menghalang kulat dan bendasing dari merebak sesuka hati. Bayangkan bedak compact powder korang takde paraben selama 7 hari. sejuk panas kering basah...then sapu kat wajah...tengok apa jadi??? huhuhuhuhu.

jadinya tak dinafikan kebanyakan produk kecantikan mengandungi bahan pengawet Paraben kerana fungsi utama Paraben adalah untuk membunuh dan mengelakkan pertumbuhan kuman. Paraben dapat diserap dengan mudah ke dalam badan kita,ianya kekal di dalam badan dan lama kelamaan boleh menyebabkan kanser. adakah Paraben bahaya? masing2 punya pandangan sendiri:)

Sayangnya, Paraben telah dikaitkan dengan berbagai masalah kesihatan,... seperti kanser payudara dan banyak lagi. Dan tentu saja semua hal ini sulit untuk dibuktikan...boleh dikatakan bahawa semua industri perawatan kulit, industri anti penuaan dan industri kosmetik menyangkal semuanya.
Tetapi ada penelitian di luar sana yang menghubungkan Paraben dengan kanser payudara! Tidakkah akan lebih baik untuk berhenti menggunakan Paraben kerana menggunakan alat solekan berpanjangan dan berkimia ini akan menampakkan kesan sampingannya?....

Jadi, jika anda kuatir tentang Paraben dalam produk perawatan kulit anda seperti, losyen, krim dan kosmetik yang anda gunakan sekarang, ketahuilah produk yang dikeluarkan oleh Shaklee seperti Herbal Blend adalah BEBAS PARABEN!! 

Entry mengenai herbal blend ni saya akan kongsikan nanti.

sekian...mari kita cegah sebelum kena!!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox