Resepi Apam Balik yang Mudah


Assalamualaikum. Malam ini terasa nak share resepi pulak. Sebabnya petang tadi baru je selesai masak apam balik pada suami dan anak-anak. Sedap. Suami bangun tidur cakap kenapa bau macam apam balik?? hihihihi...



Ini lah rupa yang tak seberapa. Tapi rasa awsome!! hihihihi. 

BAHAN-BAHAN 

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 air
1sudu kecik baking powder
1 sudu kecik baking soda
2 sudu minyak
secubit garam

BAHAN ISI APAM

gula
kacang kisar
jagung manis
butter
ikut perisa yang anda suka


CARA-CARA
1. Pukul / blend telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan air, baking soda, baking powder, minyak, garam
3. Masukkan tepung perlahan-lahan
4. Panaskan kuali non stick atau kuali ajaib
5. Tuang adunan mengikut selera masing-masing (tebal, nipis, kecik atau besar)
6. Tabur gula, jagung dan butter
7. Tutup kuali dan check samada sudah garing kulit bawahnya. Lipat dan boleh angkat.


Ini yang saya buat. Maaf rupa tak seindah kata...hihihhi

Saya nak nipis jer jai saya tuang 1 senduk dan leper2 kan atas kuali tu. Biar nipis. Jangan risau sebab apam akan kembang.


Ini pulak jagung yang dikisar. Kenapa??? Ingat masa beli tu jagung yang orang letak dalam apam tp jagung cawan rupanya. So kena blend Saya blend jagung, gula, susu cair, butter sikit..hihihi

Selamat mencuba!!!!

Love,
Ibu Umar Arryan

Comments

  1. Replies
    1. Salam perkenalan juga....done followed you. bole follow saya juga.. =)

      Delete
  2. Macam sedap je....best boleh buat apam balik sendiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..mudah. ikut selera kita nk tebal atau nipis.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Anak Kuning Lebih Sebulan Tanda Berpenyakit?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.