Selamat Hari Lahir Anakku ke-4



Tanggal 08/09/2014 genaplah umur anak sulungku Ahmad Wafi Arryan bin Ahmad Faiz berumur 4 tahun. Alhamdulillah Ya Allah.

Syukur sangat-sangat kerana dikurniakan anak yang sangat bijak, petah berkata-kata, cerdik dan penyayang. Seorang abang yang sangat tolak ansur dengan adik.

Ibu tahun ini ibu belum sempat nak buat majlis tetapi ibu sudah mampu buat sendiri kek untuk anak ibu walau rupa tak cantik namun ibu tetap puas hati anak ibu suka!!

ini kek yang sangat lah carca marba..tetapi budak-budak kan...dorang nak tengok kek jer.

Russian black and white cake....!

Ucapan ibu dan papa semoga abang Wafi jadi anak yang berguna, anak beriman, anak soleh, penyabar, bijak, cerdik dunia dan akhirat!! Aamiin. 

Ibu tempah juga kek untuk anak ibu bawa ke sekolah, makan dengan kawan-kawan. 

cup cake biru putih. Ibu nak buat tak berapa pandai...tetapi In shaa Allah next year ibu buat cantik2..

We love you sayang,

Ibu dan Papa, Adik.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox