5 Sebab Kenapa Anda Perlu Makan Telur.
Berbicara tentang telur, ramai yang memperkatakan mengenai telur. Jangan makan banyak telur nanti gemuk! Jangan selalu amik telur sebab telur banyak kalori!! Jangan itu, jangan ini...dan seperti biasa kita aka terima tanpa selidik dengan lebih mendalam terlebih dahulu.
tahukah anda??? Bahawa telur merupakan salah satu makanan yang paling kaya nutrisi. Kandungan nutrisi telur mengandungi lebih 90% kalsium dan zat besi pada kuning telurnya dan satu telur mengandungi 6gm protein berkualiti tinggi dan 9gm asid amino. Jika anda masih ragu tentang manfaat telur pada kesihatan anda, berikut adalah 5 sebab kenapa anda perlu makan telur!!
1. Mengandungi vitamin. Satu telur mengandungi vitamin yang penting iaitu:
- Vitamin B2 yang membantu tubuh anda menukarkan makanan kepada energi (Sebab itu dikatakan makan telur diwaktu pagi mampu membuat badan kurus!)
- Vitamin B12 - penting untuk menghasilkan sel darah merah
- Vitamin A - bagus untuk MATA
- Vitamin D - Menguatkan dan menyihatkan tulang, gigi.
- Vitamin E - Melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel dan dapat menyebabkan kanser.
Vitamin A dan B12 juga penting untuk pertumbuhan jadi pastikan anak-anak anda makan telur ayam secara teratur.
2. Mengurangkan berat badan (part paling saya suka)
Kenapa dikatakan makan telur dapat menurunkan berat badan? Ini mungkin perkara yang pelik anda pernah dengar kerana selama ini kita sering dimomokkan bahawa telur adalah makanan yang boleh menggemukkan atau tidak sihat. Tetapi kajian menunjukkan bahawa makan telur sewaktu sarapan membantu membakar kalori sepanjang hari sebanyak 400 kalori. Jadi kesimpulannya anda boleh menghilangkan 3kg lebih sebulan!!!!!!!
3. Mendapatkan mineral yang penting
Kandungan nutrisi didalam telur kaya dengan zat besi, zink, dan mineral fosfor yang penting bagi tubuh. Wanita memerlukan zat besi yang banyak akibat haid. Zink menjaga sistem kekebalan tubuh dan membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Fosfor penting untuk kekuatan tulang dan gigi.
Penting. Bonus dalam telur ini mengandungi mineral yang kecil yang diperlukan oleh anda seperti yodium diperlukan untuk menghasilkan hormon tiroid, selenium dan antioksida yang membantu mengurangkan risiko kanser.
4. Protein yang RENDAH KALORI
1 biji telur mengandungi 70 - 85 kalori sekitar 6.5 gram protein. Rata-rata wanina memerlukan 50grm sehari. Jumlah protein bergantung pada berat badan, tahap aktiviti seseorang. Rujuk doktor untuk ketahui jumlah protein yang sesuai untuk anda.
5. Telur mencegah kanser
Telur dapat mencegah kanser terutamannya kanser payudaya. Kajian dari Universiti Havard pada tahun 2003 menunjukkan bahawa pengambilan telur membantu mencegah kanser payudara.
Selain itu, telur ini amatlah sedap rasanya. Saya adalah pengguna setia telur! hihihi...
Oh lupa....kuning telur mampu mencantikkan kulit walau sebahagian kata tinggi kalori tetapi kalori yang rendah sahaja.
Juga kuning telur mampu membantu pertumbuhan rambut dengan menyapu terus kuning telur ke rambut anda untu rambut yang lebih subur dan elak botak!!!
Jom..pakat makan telur! Saya lama dah start menu diet dengan telur ni..lama dah tak makan berat yang carbo tinggi....yang ini entry lain hari yer......!!
Comments
Post a Comment