Apa Perlu Buat Setelah Keluar Tanda Mahu Bersalin?

Terlintas difikiran bagi ibu-ibu yang tiada pengalaman melahirkan kali pertama. Yalah, kalau yang sudah banyak kali bersalin, mereka tentu lebih arif. Tips ini ku kongsikan dengan para bakal-bakal ibu diluar sana mengenai bagaimana menghadapi saat menanti kelahiran, bagaimana mahu cepatkan proses bukaan os, dan bagaimana mahu handle hati yang berdegup kencang didalam hospital dan labour rom. hihihihi...(aku lah tu)


Entry ini adalah pengalaman dan hasil bacaan aku sepanjang 2 kali melahirkan. Kali pertama ketuban air dan kali kedua ketuban darah. Dan aku mahu kongsi tips atau cara hadapi semua itu setelah ada show atau tanda melahirkan fasa pertama samada pecah air ketuban, keluar lendir bersama darah atau jalan terbukan 3cm!!!

Bagaimana mahu cepatkan proses bukaan jalan?

1. semasa diberitahu bukaan sudah 3cm, maka kita harus bersiap sedia bahawa kita akan menghadapi saat contraction yang makin hebat selepas itu. Jika tiada keluar darah, maka anda akan rasa lebih selamat kerana kesakitan tidak sehebat tanda keluar darah.

2. Paling banyak nasihat....BANYAKKAN BERJALAN!!! Yes...perlu banyakkan berjalan untuk percepat process bukaan. semasa aku dihospital, suami tiada disisi masa tu sebab jaga anakku yang sulung. Jadi terpaksalah aku berjalan ke hulu ke hilir sendiri. Masih tidak rasa sakit yang teruk tetapi 15minit sekali contaction. (Aku ketuban darah)

3. Minum air selusuh atau air solat hajat atau minyak selusuh disapu pada perut. Aku masa sejam atau dua jam kemudian aku minum air solat hajat, air rendaman akar fatimah. Doa semoga baby lahir dengan selamat. 

4. Telur ayam kampung. Ini tips dari kawan aku yang bersalin 3 orang anak tanpa perlu jahit!! Rezeki dia agaknya. Tetapi aku telan juga. Kali ini hanya mampu telan 1 biji sahaja...iyeeeuuuwwww!! Hanyir habis.

5. Makan sedikit untuk tenaga. Makan lah jangan tak makan. Minum susu dan teruskan makan vitamin.

6. Aku telan juga pil akar kayu yang bidan dikampung beri. Tawar dan rasa kayu!!! Tetapi demi anak......fuhhhh

7. Bercakap dengan baby..pujuk lah anak anda supaya keluar dengan selamat.

8. Solat jangan tinggal!!! Doa itu penting!

9. Usap pusat. Ada nasihat suruh aku usap pusat. Bunyi macam pelik tetapi memang rasa contraction semasa buat begitu.

10. Jika contraction makin kuat, ketika datang contraction itu, baring sebelah kiri. Membantu lebih cepat bukaan.

11. Kawal pernafasan anda. In shaa Allah semasa kontraksi anda lebih kurang rasa sakit

Semua diatas hanya cadangan dan ada juga melalui pengalaman. Terpulanglah kepada setiap individu. Masing-masing melalui pengalaman berbeza. Bagi aku, ketuban darah sangat sakit!!! Jam demi jam...aduhhhh..tak tahan rasanya. Jika suami ada disisi, suruhlah dia urut-urut bahagian belakang kita..lebih selesa. 

KETIKA DI DALAM BILIK BERSALIN/ LABOUR ROOM



1. Teruskan zikir doa Nabi Nuh ini


“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". 
(Surah Al-Anbiya': ayat 87)

2. Doa dan terus doa!!!

3. Tenangkan diri. Fikirlah kegembiraan selepas ini. Pengalaman aku..semasa diatas katil. terpandang katil baby yang nurse bawa masuk...sungguh terasa tidak sabar kerana anak kita akan keluar sekejap sahaja lagi...!!

4. Minta maaf pada suami dan ibu. Jika suami ada, minta dia doakan kita, pegang kita tanda semangat.

5. Tahan..tahan dan tahan. Anda pasti berjaya hadapinya!!!



Selamat Melahirkan and Enjoy the moment!!!!


Ibu Umar Arryan
0134576329


Comments

  1. adeh.. x terpikir nak jalan2 pusing2.. coz 3 cm dah sakit & kena tolak labor room pulak..9 jam dalm tu nak buat apa je..kena baring je.. sobss sobbs.. next baby shud try this.. tak nak laa masuk labor room cepat2.. tak tau kan..bila doc suggest masuk labor room ingat boleh beranak lagi sejam 2.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...tu lah..lain orang lain cara sakitnya..tapi kalau x sakit jalan je....atau pun kawal pernafasan masa contraction tu...bole kurang kan sikiiiiit sakit.....kalau masuk labor room 9jam....fuhhhhhh..nk buat ape dlm tu???? doa byk2 je lah....

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Merawat Anak Demam Chicken Pox

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.