Resepi Spaghetti Carbonara yang sedap.

Bismillah....salam jumaat!!

Sudah 2 hari berturut-turut aku berkampung didapur membuat spagetti carbonara. Mulanya aku yang mengidam nak makan. Nak beli yang dah siap, kang tak sedap panas pulak telinga suamiku nanti dengar rungutan aku! hihihihi....sebelum dia hangin dengan bebelanku, baik aku buat sendiri....hmmm....

Kali pertama buat, anak sulung ku try, sedap katanya!! Ibu buat banyak tak??? Ayat begitu maksudnya dia memang suka dan nak lagi. Alhamdulillah. Aku ingat aku seorang je yang suka. Rupanya ada geng from Arryan dan Umar. Besok pagi, ku suap balance yang ada setelah dipanaskan. Dia tanya ada lagi tak? Ishhhh...dah habes sebab buat sedikit sahaja. Balik sekolah nanti ibu buat yer!! Satu janji..huhuhu


Okay....kalau para ibu nak cuba, meh aku share resepi yang mana aku oleh sedikit mengikut citarasa aku dan anak....uols pun boleh olah juga..silakan!!!


RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

Bahan-bahan:

1 paket spagetti
1 tin susu cair
1 tin cendawan butang
Udang yang telah dikopek
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu besar tepung jagung
Serbuk origano @ Italian herbs (optional jika ada)
2 sudu besar butter
sedikit garam
Sedikit perasa kiub ayam atau serbuk (optional)


Cara-Cara Memasak!!!!

1. Panaskan satu periuk air hingga mendidih, masukkan setengah paket spagetti (suka hati nak banyak mana), tambah 4 sudu besar minyak dan secubit garam. Biar mendidih hingga spagetti kembang dan lembut.

2. Sambil-sambil itu, tumis bawang putih + bawang merah yang dicincang halus dengan butter..biar seketika.

3. Masukkan udang, biar udang kelihatan masak...(atau ayam cincang), masukkan pula cendawan yang telah dihiris nipis-nipis. Gaul semua sekata.

4. Tuang susu cair setengah tin atau lebih, ikut banyak mana nak buat. Biarkan mendidih. Boleh masukkan garam atau perasa, lada hitam, serbuk italian herbs tadi dan kacau perlahan-lahan.

5. Larutkan tepung jagung dengan sedikit air, tuang ke dalam kuah tadi, kacau hingga pekat. Jika masih cair,tambah lagi tepung. Jika mahu cair, tambah susu cair.

6. Angkat hidangan ke dalam mangkuk

7. Toskan spagetti yang telah lembut, dan hidangkan. Boleh ditabur dengan serbuk Parmesan cheese..


Siapppppppp!!!! Maaf sebab gambar tidak dapat disertakan kerana sudah habesssss....

Gambar dari google:
Ini lah rupa sebijik yang ku buat..kuah pekat...yummy!!!




Selamat Mencuba You Allsssss!!!!!!!!!!!

Comments

  1. Replies
    1. boleh buat...asal ada spagetti dan susu cair....hihihih

      Delete
  2. hmmm nampak sedap... kalau letak seafood boleh tak?

    ReplyDelete
  3. carbonara org lain buat bolehla.. kalau kite yg buat takut tak terabis... sbb cam cepat muak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try buat sedikit dlu...1/3 tin susu cair..then rasa dlu cemane...klu ok..bole buat lagi... 😊

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Anak2 Nina pun Fav carbonara! Kalau masak Nina guna susu UHT kotak besar..
    Nina pekat kan kuah sama oats.
    Kita masak, anak2 hubby suka, makan licin satu kepuasan /terapi buat kita ;)
    Setuju kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. 2 kali buat sampai pagi esok panaskan utk diri sendiri, anak y br bgun cpt2 nak makan. Puas hati!!

      Delete
  6. Sedapnya...feveret saya ni! Done follow #30..salam kenal dari blog http://nadiah245.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Merawat Anak Demam Chicken Pox

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.