Mane Lebih Jimat? Penapis Air Mudah Alih dan Mampu milik.
Selamat pagi. Hari ini terasa mahu sharing tentang air!! Water!! Drink water!! Clean Water!! dan macam-macam lagi. Kenapa perlu tahu tentang penapis air yang sesuai dan berbaloi? Kerana air sangat penting dalam kehidupan kita. Memang jika dilihat kebanyakan penapis air dipasaran sangat mahal dan hanya sesuai untuk golongan bergaji sederhana ke atas sahaja. Bagaimana dengan golongan yang bergaji kecil? Mampu ke nak bayar beribu-ribu? Atau nak bayar beratus sebulan? Lepas tu kos penyelenggaraan yang tinggi pula. Sebab itu saya nak anda buka minda mengenai kepentingan air bersih dan tahu kewujudan penapis air mampu milik dan mudah alih. Sekarang ada 2 cara bagi mereka yang tidak mempunyai penapis air: 1) Minum air yang dimasak...TANPA ditapis 2) Beli air mineral atau air minuman yang ditapis. Jadi, mari kita lihat perbandingan antara dua pilihan tersebut: PILIHAN PERTAMA: Minum air yang dimasak TANPA ditapis. Pernah lihat tak keadaan tangki rumah anda? ...