Selamat ulangtahun ke 2 wahai khalifah kami Ahmad Umar Ukasyah!!

Alhamdulillah Ya Allah. Banyak rezeki yang Engkau curahkan pada anak ini. Tanggal 22 Feb 2013 yang lalu....genaplah 2 tahun ibu dan papa menjagamu sayang. Semoga kani diberi rezeki untuk menjaga dan mengasuhmu hingga akhir hayat kami.

Subuh.....waktu dimana aku turun tanda. Masa ini memang dalam hospital sebab 3 hari sebelum itu baby kurang gerak lalu admit hospital ptg rabu. Bosan yang amat. Siap sembang dengan orang sebelah..kalau keluar wad nih terus bawak baby kan bagus. Alhamdulillah...Allah Maha Mendengar. Dia tahu aku takut hospital. Akhirnya mema g keluar berdua...admit sorang..discaj berdua....

Bukaan jalan 3cm pagi tu. Sakit sikit2 je. Boleh baca novel lagi. Sampai tengahari aku dok hadap novel. Nurse tanya tak sakit ke siap bole baca novel? Aku senyum je sambil jawab boleh tahan lagi sakitnya. (Nurse kat situ semuanya baik. Alhamdulillah) rezeki aku dan Umar lagi. Bila dah petang...sakit makin kuat sehingga masa solat kena slow dan steady sebab tahan sakit. Kadang2 masa baca terpaksa stop untuk atur nafas bila contraction berlaku.

Aku berjalan ke hulu ke hilir sebab nya nak bagi sakit cepat. Tak sabar nak balik dah ni. Maghrib tu dah menggila sakit. Tak mampu nak pusing waktu contraction berlaku. Yang aku tahu...bila nurse suruh masuk check jalan sebab nampak macam sakit sangat dah. 5minit sekali sakit jangan pakai untuk aku. Sebab masa tu aku dah nak bersalin.huhu....dalam labor room aku dah tak boleh sabar sakit. Panggil nurse tengok. Kalut juga diorang nak standby. Suami masuk masa aku dah meneran. Alhamdulillab bersyukur sangat ada suami tiup semangat disisi. Jam 8.50 malam lahirlah khalifah Allah di dunia. Lega yang amat. Abes semua kesakitan hilang begitu sahaja.

Kisah Umar ni ada lagi sebab kami warded selepas 2 hari balik rumah. Jaundise dia 378 kalau tak silap. Huhuhu...sedih jugak. Stress sebab dalam pantang duduk hospital dengan baby berdua je.

Tapi ibu kuatkan hati demi mu sayang. Ibu bersyukur sangat sebab abang dijaga oleh pengasuh dengan baik waktu ibu kecemasan begini. Rezeki anak2 ibu memang banyak. Abang tak rasa kehilangan ibu waktu tu sebab ramai jaga dia dan ibu boleh tumpu jaga umar dengan baik.

Doa kami, semoga Umar dapat jadi anak yang soleh. Dilapangkan dada nya untuk terima ilmu Allah. Dilembutkan hatinya untuk dengar cakap kami. Besar harapan kami agar anak2 kami jadi tahfiz Al Quran nanti. In shaa Allah. Walau kami kurang ilmu, tetapi akan kami cuba sebaik mungkin untuk jadikan anak kami hafiz Al Quran satu hari nanti.

Ibu,papa, abang dan adik to be sayang Angah Umar selamanya. Be a good boy yer sayang.

Salam sayang dari ibu.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox