Air gula oh air gula: Peritnya peristiwa kali ini!!


Alkisahnya hari ini daku kena minum air gula...( im pregnancy mommy 22w) hhmm...mengeluh..hihihi.

Bermula jam 10 malam aku kena puasa makan dan hanya boleh minum air kosong sahaja. Biasalah bila ada sejarah family ada kencing manis, kami pun kena lah amik darah test. Esok pagi aku ke klinik tepat jam 8pagi. Fuhhh..makanan dah beli siap2 nih..pandang sepi je makanan. Aku pergi lah serah diri dekat misi.

Ok...amik darah dulu. Kemudian dia beri aku 1 mug besar air gula....alamakkkkkk!!! Air gula aku sangkakan sebelum ini glukos, ataupun ada perasa sirap. Hari ini air gula segula-gulanya. PURE!!

Sebijik mug ini lah.....penuh dan panas!

Misi pulak buat panas. Baru plan nak minum seteguk sekali gus..huhuhu..akhirnya kena minum slow-slow. Mak aihhhh...azab gile..sebelum ni aku tak pernah komplain minum air gula tapi kali ini surrender awal...pedih tekak tiap kali teguk....1 teguk amik masa 20saat nak hilang manis nya....Almost 5 minit bertafakur dalam bilik tu nak habeskan.

Siap minum kena tunggu 2 jam! Aduhh..perut dah mula lain macam. Aku blah dari klinik g sekolah kejap. Tunggu lama-lama boleh muntah rasanya. huhuhuhu...serik lah minum air gula nih...

Bila sebut tentang air gula..terasa insap kejap preggy kali ini melantak macam-macam. Vitamin pun kadang culas. ESP lagi lah..time gastrik je minum. Time lain biar je beliau dalam almari. Padahal ESP soy protein ni sangat bagus pada ibu hamil kerana ia mengandungi index glisemik yang rendah. GI (glisemic index) yang tinggi boleh menyebabkan kenaikan paras glukosa yang cepat dalam darah. Ia boleh membawa mudarat.

Pesakit diabetes atau ibu hamil yang ada diabetes semasa hamil memang pantang dengan GI tinggi ni. Kalau boleh kena elak. Sebab salah satu boleh elak anda dari kena minum air gula berkali-kali sepanjang kehamilan.

Kena cari makanan yang GI rendah supaya paras glukosa dalam darah terkawal. Jadi bagi ibu-ibu yang ada ESP tuh, eloklah minum ESP untuk alas perut anda. Di samping elak berat naik mendadak semasa hamil juga!!



Jom kita sama-sama jaga kandungan gula dalam badan kita. Aku mula pasang tekad nak kurangkan manis dalam minuman...erkkkkk...tak sedapnya!!

Okay..sampai sini dulu....see you in the next enrty :)

Zairul
0134576329

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox