Anakku Bijak Anakku Sihat.


Assalamualaikum semua. Salam 2 Ramadhan. Alhamdulillah hari ke 2 bakal ku tempuh. Baru sudah sahur. Sekarang time to update beloggg!!!!

Sahur dengan apa semua? Tadi saya bangun jam 3.30...suami minta nasi goreng macam sahur kelmarin. hihihihi..sedaplah tuuuu...Saya?? Saya habeskan lauk berbuka dan ESP+Mealshake+Susu+Kurma....sedapppnyaaaaa...(sila baca ala-ala upin ipin)

Kenapa amik Shaklee lagi sedangkan sudah makan? Saya dulu sahur biasa jugak tetapi rasa lapar dan penat kat sekolah. Jadi setelah consume ESP badan rasa lain..perut rasa kenyang je sepanjang kat sekolah. Kat rumah lain cerita lah.


Semalam punya cerita......

Anak-anak tengah bermain hebat sambil layan Frozen yang entah kali ke 30 agaknya!! Saya memang plan nak tidor awal. Jam 10 lebih tu saya da masuk bilik tutup pintu. Si kecik nampak..melalak lah diluar. Saya amik dia, masuk bilik dan tinggallah abang kat luar dengan papa dia. 

Lalu dia pon mengadu dekat papa:

"Papa, yan nak main dengan adikkkk...tapi ibu bw masuk adik tidur. Yan balik sekolah nak main dengan adikk..." itu lah dia cakap.

"Takpe lah, nanti papa bagitau ibu..yan tidur lah dulu..." Pujuk papa.

Ibu keluar bilik...(adik dah selamat dah) papa pon cerita..alahaiiii..sedihlah pulak ibu..rasa bersalahnya...kesian abang long...dah tidor pon dia.....(bersalah sangat!)


Ini lah anak sulung Ahmad Wafi Arryan. 3 tahun 8bulan. Alhamdulillah. Bijak sangat. Mulut macam bertih jagung la haiiii..ibu dan papa tak sempat nak reply satu-satu pertanyaan dia. Perangai dah macam kami, Memang dia serap semua yang dia tengok apa kami buat. 

cara kami cakap, cara kami marah, cara masa kami driving, kami membebel..aduhhh..macam2 lah. Hati mudah tersentuh kalau papa marah. Dengan adik sangatlah penyabar walau kadang-kadang suka bergurau kasar dengan adik. 

Bijak dan pandai. Saya suka beri vitamin minyak ikan OMEGA GUARRD dekat dia. Suka sangat la boleh telan macam kita telan ubat. Sebab tu ingatan kuat..jarang demam, mulut pot pet...!!!

Semoga anak ibu jadi anak yang soleh! Anak yang penyabar! Bertanggungjawab! Beriman! AAminn...Sesiapa yang baca tolong aminkan.


Ini lah keluarga kecil kami, sambil buat Shaklee...kami bina kesihatan yang semulajadi...jaga kesihatan, jaga pemakanan..In Shaa Allah anak-anak sihat. Ibubapa senang. 



Nak share tentang Shaklee? Boleh tinggalkan jejak di bawah.

Nak tanya produk Shaklee? Boleh tanya saya:

zairul akmal
SID Dungun
0134576329

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox