Geng gores dan menang BERLELUASA!!
Bunyi macam sakit hati kan?? Memang. Ini memang saya nak khabarkan pada semua supaya jangan mudah terpedaya dengan sebuah geng ni yang kononnya buat MEGA SALE...company nak lari dari income tax dan decide untuk beri gift pada orang bertuah.
Dorang akan berada di parking lot shopping complex dan aim pasangan yang baru abes shop.
Satu kad tulis TERIMA KASIH satu lagi kad ada tanda BIRU seperti gambar ni.
maaf banyak2..bila cari kad tu suami dah buang!! ARGHHH..frust!! tapi kad nya ada tulis MEGA SALE!! kena koyak..then ada tanda TERIMA KASIH (tak berjaya) tanda BIRU (dpt hadiah) |
Apabila kita buka dorang akan datang tengok dan mulakan lakonan mereka.
Wahhh..akak dapat tanda biru laaa!!! (ada tanda biru bulan untuk di scan) kononnya hadiah utama la...
Kau nampak tak akk tu dapat tanda biru??? Dorang cakap sama dorg.
Eh...akak!! Akak menang hadiah ni.....tanda biru ni 200 orang je dalam malaysia yang kita print!! Dorang buat aksi terkejut beruk fan excited macam monyet dapat bunga.
Kita apa lag? Teruja la....suami da agak dah..dia jalan straight jer...2 org itu terus dekati suami.
Abang...abang tahu tak?abang adalah orang bertuah...sebab hadiah paling rendah CASH 3000!!! Jdi kalau abang setuju nak pergi claim hadiah memang abang akan dapat hadiah..kami nak komesyen dari company jer...abang beri masa 15 minit..saya bawa abg pegi company saya...
Suami mula2 cakap tak nak sebab nak cepat. Di pujuk lagi..
Tak apa abang..klu you tak berminat..you jangan keluarkan duit..you boleh terus balik..15min jer..sy ikut abang..
Eh??? Aku pelik..napa nak naik kete kami?
You naik kete you sendiri la..kami follow..aku ckp...dorang macam berat jugak tapi setuju.
Sampai ofis...dah la office baru sewa...hanya ada meja dan kerusi je dalam tu...suami cakàp dia nak lihat cane geng tu nak tipu kita. Celah mana dorang nak buat cerita. Siap bawa spanar kecik sebagai senjata.
Punya lama kami tunggu dalam kete..akhirnya suami kembali. Tangan kosong jer...
Rupanya....
Sebelum scan dekat tanda BIRU tu..kami kena bayar dulu rm9500!!!!!!!
Mak aihhhhh!!!! Mahal gila..senangnya nak buat duit.....
Bila dah sign aggrement baru boleh scan dia beri la list hadiah hari tersebut. Paling murah rm18800 tunai...gila..sape tak teruja..tp kena byr dulu at least rm500.
Bijak kan??? Memang skim cepat kaya dorang nih.
Semasa suami turun dari opis tu, dia terserempak dengan kawannya yang bukak kedai accessory kereta kat situ. Kawan tu cakap..
Cane?? Dah sign aggrement ke?
Suami hairan..mana dia ni tahu.
Belum lagi....jawab suami
Ohh..nasib baik belum..kau tau tak..berapa ramai yang dah kena tipu. Rami dah datang marah-marah tapi no point sebab dorang dah sign aggrement!!
Aggrement tu mengatakan yang kita setuju untuk bayar RM9500 dan akan terima hadiah yang akan dapat setelah SCAN dari kad yang kita menang tadi. Jadi, kalau dapat CASH RM18000, maka tolaklah dari 9500 tu..JIKA!!! tetapi kebenarannya belum ada yang dapat hadiah lebih dari RM3000 tu!!! TIPU semata2!! So, sesiapa yang dah sign aggrement, memang kena bayar! Walau setelah scan hadiah hanya VACUUM jer.........
Jadi...hati-hati lah pembaca semua!! Jangan lah mudah terpedaya dengan mulut manis mereka. Trick mereka memang bijak!! hingga kita terasa memang betul. Siap cakap ada dapat kereta terus!! just bayar cukai kerajaan jer..aduhaiiii....
Comments
Post a Comment