Umar dijangkiti virus kaki tangan dan mulut!!!


Bismillah...
Cuba update cerita Umar. Baru2 ini kami ke perlis atas urusan kerja dan bercuti jugak lah..sebab alang alang kan???



Kami menginap di Putra Palace Hotel,kangar. Main kolam kat sana bagai lah sampai puas dorang main. Masa kt hotel esok pagi nya saya tengok biji2 kat celah paha tempat lampin dia. Saya dan suami agak di alergik sebab Umar ada ekzema.


Hari kedua kami g kat tempat ibu kena keje. Masa tu memang tak perasan pape.just nampak. pipi dia merah macam pakai blusher.

Nampak tak muka dia monyok jer..pipi merah


Kami agak dia tak boleh sun burn dan maybe mudah demam..aduhhh...belah petang kami kat langkawi. Dia hanya makan ais krim yang ciksu dia beli. Dalam feri memang mengamuk tak nak duduk..papa kena dukung selama 1 jam...! Kesian papa.

Malam kat hotel...badan dia panas!! Aduhhh...papa n ciksu kuar amik barang n bli makanan. Hp ibu abes batery...charger dlm kete!! Ibu mandikan umar walau dia terketar2...bintik2 makin banyak!!

Susu badan pon tak nak. Makan memang langsung tak nak. Mesti dia lapar. Last2 tdo dalam pelukan ibu. Tengah malam dia tersedar dan nangis non stop. Mengamuk almoat 30 minit!! Dugaan nya!! Macam2 dah baca kot terkena masa berjalan2 tadi. Last2 tertido.

Esoknya mandi kolam lagi. Tapi mood dia tak ok. Kami gerak nak.balik kelantan. Tiap kali nak tidor dia akan mengamuk!! Hati saya terdetik....adakah Umar kena kaki tangan dan mulut?? Suami suruh google...bila baca2..memang betul..semua tanda tanda ada pada dia.!! Ya Allah....kesian anak ibu...

Ini yang ibu dapat dari google:

Cara penyakit ini merebak:
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.



Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.
Tanda-Tanda Dan Gejala
Di antara gejala jangkitan ialah:
� Demam
� Sakit tekak
� Ulser pada tekak dan mulut
� Sakit kepala
� Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
� Hilang selera makan
Kami segera ke klinik berhampiran. Klinik Pakar Puteri, alor setar. Alhamdulillah. Doktor check kata memang penyakit kaki tangan dan mulut.( Hand Foot Mouth)

klinik pakar puteri, alor setar


Apa doktor pesan??

Banyakkan beri air @ liquid pada Umar. Beri lah air apa sahaja yg dia mahu.

Kerap mandikan Umar. Biar dia dalam keadaan bersih setiap masa. Jauhkan dari pasir2..debu2.

Beri ubat demam di samping tahan sakit.

Ubat ulser

2 hari di dungun amat mencabar sebab dia tak nak makan. Tak nak susu. Nak berdukung jer...3 hari tak makan. Ari ke 3 ibu paksa suap telur separuh masak guna shringe. Mujur dia telan. Tapi kesian la tiap kali masuk makanan dia nangis. Pedih kan?

Tapi kami keep on beri air kotak...air sejuk asal dia minum. Alhamdulillah...tak lama virus tu...umar dah boleh makan. Boleh gelak2...syukur...

Please lah parent semua..kalau ada tanda2 begitu..bawa segera jumpa doktor. semua tanda dan faktor saya dah listkan..semoga dapat beri manfaat kepada anda semua.

Love,
Z

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox