Petua merawat anak demam.
Assalamualaikum semua. Asalnya nak tulis salam jer..tapi tak membawa erti, jadi saya tukar pada beri salam yang membawa maksud doa kepada pembaca.
Kisahnya, saya mencari idea....apa yang nak share kali ini. Fikir-punya fikir, saya nak cari ilmu tentang cara merawat anak yang demam. Sebab apa? Kita semua ada anak kan....kalau boleh nak mereka sihat tetapi jika demam kita tak nak biasakan badan dia dengan UBAT..Drugs!
Baiklah, ini info yang saya dapat dari PETUA TRADISIONAL. TQ sir!
Petua ini adalah untuk ibubapa yang mencari kaedah/petua/cara merawat demam anak secara tradisional tanoa ubat-ubatan.
DAUN BUNGA RAYA
Jika anak anda demam, pastinya badan dan suhu sangat tinggi dan berasa tidak selesa. sebab itu mereka merengek dan tidak seaktif sebelum ini.
Daun bunga raya mampu menurunkan suhu badan si manja anda dengan ambil beberapa helai daun bunga raya, ramas-ramas dalam air dan sapu lendir daun bunga raya beserta air ramasan pada kepala dan ubun-ubun setiap jam. In shaa Allah suhu akan berkurangan.
PETUA MERAWAT ANAK DEMAM DENGAN AIR KELAPA MUDA
Jika masih belum kebah, boleh cuba kaedah ini. Boleh beri anak minum air kelapa muda 2x sehari. In shaa Allah akan beransur turun suhu.
CARA MENURUNKAN SUHU ANAK DEMAM DENGAN BAWANG MERAH
wahhhh..bawang merah juga ada fungsi istimewa. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya, menurut orang-orang tua, seeloknya, bawang yang sudah lumat itu dicampur dengan minyak kelapa dan sapu pada badan anak terutama bahagian punggung dan dada.
Bawang merah juga boleh dibelah dua, letak disekitar anak tidur. In shaa Allah bawang ini akan menyerap virus dan bakteria yang ada disekitarnya.
PETUA REDAKAN DEMAM DENGAN AIR ASAM JAWA
Boleh juga menggunakan kaedah jerlum badan anak menggunakan air asam jawa. Saya sering juga menggunakan kaedah sponging ini menggunakan air asam jawa dan hasilnya memang suhu turun tetapi perlu dilakukan sekerap mungkin.
PETUA TURUNKAN SUHU DEMAM DENGAN SIRIH PINANG
Sediakan beberapa helai daun sireh dan buah pinang, Tumbuk semua bahan itu hingga lumat dan campur dengan sedikit air suam kemudian sapu pada seluruh badan anak.
PETUA TURUNKAN DEMAM DENGAN UBI KAYU
Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Parut ubi tersebut dan ambil hasil parutan tempek didahi anak biarkan hingga kering dan gantikan yang baharu. Ulang hingga demam kebah.
MERAWAT ANAK DEMAM DENGAN BAWANG PUTIH (GARLIC SOCK)
Sila baca entry ini. RAWAT ANAK DEMAM 1
Nak supplement? No drugs? Narural? Call me....
zairul akmal
0134576329
SID DUNGUN
Bawang merah tu mmg jadi jika belah dan letak sekitar anak demam. Tapi kena tahan bau satu bilik tu :)
ReplyDelete