Mimpi Ngeri menghampiri Menopause (Putus Haid)

Terdetik mahu cari maklumat tentang putus haid atau lebih dikenali menopause atau ramai yang sebut monopos! huhuhuhu..mula-mula Cikgu Z tak heran sangat tentang putus haid ini lebih-lebih lagi umur masih 20-an..hihihi..perasan lah sikit sebab belum masuk 3 series.

Tengahari tadi bersembang dengan guru-guru yang umur 40-an, mereka cerita tentang menopause ni. Oh, scary jugak. Korang tahu tak tanda-tanda putus haid @ menopause ni?

Meh nak cerita. Menopause adalah simptom dimana wanita tidak lagi menghasilkan telur (ovom) dan tiada lagi darah haid yang keluar dari badan. Anda tidak lagi boleh melahirkan anak, haid akan mula berhenti secara mendadak atau slow motion, sebulan datang, sebulan tidak, sedikit dan makin sedikit. 

Selalunya menopause melanda pada wanita yang berusia antara 48 hingga 55 tahun.

Peringatan!!! Menopause juga boleh berlaku diawal usia 40 tahun yang dikenali menopause awal. Di saat ini, ovari tidak lagi berfungsi. Kes sebegini jarang berlaku tetapi it happened!

Kredit : Ummi Erna

Apakah tanda-tanda menopause?

Tanda tanda menopause terbahagi kepada:

1. Gejala vasomotor

* Panas dan kemerahan dimuka
* Berpeluh
* Denyutan jantung yang laju
* Serangan kegugupan (panik)
* Susah tidur

2. Gejala mental

* Emosi yang berubah-ubah
* Suasana perasaan yang berubah-ubah
* Keletihan
* Kurang daya ingatan
* Mudah tersinggung
* Kurang daya seks

3. Gejala saluran kencing/Urogenital


* Kekeringan faraj
* Kerap kencing
* Kencing tidak terkawal

4. Penyakit tulang

* Tulang menipis (osteoporosis)
* Ketinggian badan mengurang
* Kepatahan tulang

5. Lain-lain gejala

* Kulit menipis ( atrophy )
* Kehilangan anjalan kulit
* Kulit kering
* Rambut bertambah gugur
* Mudah mendapat ruam

Apa itu keadaan panas dan kemerahan dimuka?


85% wanita yang menopause mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka (hot flush)

* Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
* Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
* Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
* boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.

Apakah komplikasi-komplikasi menopause?

* Penyakit jantung
* Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapoh )
* Angin akhmar ( stroke )

Adakah rawatan untuk tanda tanda menopause?

Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:

* Makanan berkhasiat
* Elakan merokok
* Selalu bersenam
* Berfikir secara positif
* Melakukan pemeriksaan Pap Smear
* Melakukan pemeriksaan payudara

GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause. Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?

1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.

2- Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.

3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.

4- Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.

5- Pertambahan berat wanita menopos juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. GLA membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.

Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopause.

Testimoni daripada pengguna,

 

Jangan tunggu sakit atau datang tanda baru nak jaga kesihatan, kesihatan perlu sentiasa dijaga, kulit perlu sentiasa dimanja sebelum datang menopause. Baru saya tahu rupanya satu mimpi ngeri apabila menopause. Semoga kita sama-sama dapat bersedia dengan tenang suatu hari nanti.

Mahu dapatkan produk shaklee dengan saya beserta khidmat nasihat percuma?? Boleh hubungi saya di sini:

Puan zairul Akmal
0134576329 (whatsapp/sms/telegram)
FB: Ibu Umar Arryan




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Merawat Anak Demam Chicken Pox

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.