Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.


Bismillahhirrahmanirrahim.

Story ini saya dah lama simpan dari hari Deepavali lagi. Tetapi masa ini sempat saya story mory....eh..boleh ke eja camtu?hihihi

Alkisahnya begini, di suatu petang kami ambil Umar dari rumah pengasuh. Kemudian si Kakak Nurul tanya
"akak, Umar kena apa ni kat perut?" Sambil selak baju Umar. Aku pon pelik...tak tahu pulak. tak perasan! Selamba mak jawab...tapi memang tak perasan pun.

Balik rumah aku confuse nak sapu ape..ala-ala kudis..tapi macam ekzema dia. Hanya sapu minyak bahhatul sauda. Tetapi kami makin pelik apabila masa main air (mandi) dia tak nak basuh badan dia. Katanya akit, bakkk....(sakit..nk bubuh ubat) kesian anak ibu!


ini gambar yang saya google tetapi sebijik begini perut Umar

Maaf lah..gambar senget. Itu rupa kudis dia. Esokkan tu badan dia panas, aku pun amik lah cuti sebab kesian kat Umar. Tapi perasan gak, dekat lengan si Arryan pun ada kudis tu. Hishhhh...ape ni? Suami cakap, pantau gak Umar tu, kalau dia demam tandanya ada sesuatu tak kena pada dia. Dah 2 kes begitu. Satu chicken poc dan satu lagi Kaki tangan dan Mulut.

Malam esok itu kami bertolak ke KL, tetapi memandangkan kudis Umar makin merebak, terus ke Klinik Zalfah, Bangi. Tunjuk pada doktor keadaan Umar ni, dan doktor cakap 
"ohh..ini kudis api.."

???? kudis api? Sebab ape? Doktor caka[p sebab bakteria...dan ianya berjangkit even pada orang dewasa...ooooo..begitu. Oleh sebab Umar demam, doktor bagi antibiotik dan ubat sapu. Abang pun antibiotik juga...huhuhuhu..kesian anak-anak ibu. 


Kudis api ni dalam bahasa saintifiknya IMPETIGO. Iaitu jangkitan bakteria yang perlu kepada antibiotik. impetigo adalah infection di kulit yang disebabkan oleh staphylococcus (Staph) danstreptococcus (Strep) bacteria. Impetigo is common on children especially 2-5years old. most likely occurs in warm and humid environment dan tersebar melalui close contact. and usually produces blisters or sores on the face, neck, hands and diaper ares. Macam Umar kena pada perut dan abang dia kena kat lengan. Alhamdulillah selepas on biotik, Kudis makin kering...huhuhu..horror bila lihat dia kepedihan.



Antara tips penjagaan impetigo (from Mama)
  • perlu kepada antibiotik kerana impetigo adalah jangkitan bakteria tapi mama derhaka...hoho (sila dapatkan nasihat doc sebelum buat keputusan untuk on antibiotic atau tak)
  • jaga diet dia, amalkan makanan yang high vitamin c like oranges etc
  • jaga kebersihan...ini sangat penting...basuh/tukar cadar, asingkan baju anak..rendam dengan air panas/suam, ada orang siap rebus baju anak dia..hoho mama idok le sampai ke tahap itu -_-'
  • campurkan air rendaman baju dengan acv(as antiseptic)
  • sidai baju kat terik matahari...kasi bunuh semua kuman2 tu
  • sebolehnya quarantine anak buat sementara waktu, jangan hantar taska dulu atleast sehingga impetigo tu kering...kesian kat anak orang lain nanti berjangkit T_T
Jadi, sekadar nasihat..kepada parent diluar sana, please lah...kalau tengok anak ada melecur begitu, atau berair yang macam merebak, cepat- cepatlah jumpa doktor. Bimbang merebak keseluruh tempat. Kesihatan anak kena cepat sikit bertindak.

Comments

  1. Salam.. akak nk tya.. akak just follow instruction dr doc kan? Antibiotics umar iv or oral? Ank sy pun jdi..byk jgk ni.. ksian dia tak blh tdo mlm.. makin byk.. cpt sgt merebak.. lma x msa nk baik kak

    ReplyDelete
  2. Salam.anak sya baru dapt kudis api ni.apa ubat atau krim.yg patut sya pkai kan ya puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik boleh whatsapp saya untuk ikhtiar impetigo 0127787012

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Merawat Anak Demam Chicken Pox