Selamat Pengantin Madu!!
Slot TV3 menampilkan drama bersiri yang julung-julung kali bagi aku interesting sekali. Memang dah banyak drama yang sebegini tetapi jalan cerita ini lebih masuk dalam jiwa aku..cehhhhh..
Kisah Hana yang berumahtangga dengan Zul dan mempunyai 2 orang anak yang sudah bersekolah rendah. Agak-agak mereka sudah cukup matang untuk faham kisah ibubapa mereka. Disangkakan keluarga sudah lengkap kerana mereka mempunyai segalanya tetapi malangnya Zul mula terpikat dengan Masmira ketika mereka berkursus bersama. Lalu mereka berkahwin senyap-senyap selama 7 bulan!! AKhirnya Hana dapat tahu berita ini dan sangat kecewa. Anak-anak terlalu sedih dan kecewa setelah mendapat tahu ayah mereka kahwin lain. Dalam erti kata lain mereka fikir papa sudah tidak sayang mama dan mereka berdua. Jalan cerita ini seperti tak boleh dijangka. Kerana BFF hana sering beri kata semangat, beri dorongan kepada Hana untuk hadapi suaminya. Pelbagai tips diberikan untuk menjernihkan suasana. Hana tidak mahu perpisahan tetapi hati Hana setiap detik dalam kehancuran.
Aku tak tengok habis lagi episod terkini, tapi aku terlalu faham hati Hana. Terlalu menjiwai Hana. well, perempuan mana yang tak boleh faham hati Hana?? Isteri mana yang buta hati je lihat drama ini? Ibu mana tahan hati lihat anak-anak mula membenci ayah mereka? Dan kita..seikhlas mana pun, apabila melihat suami bermesra dengan orang lain, luluh hati. Allah sahaja yang tahu betapa tersiksa jiwa raga.
Aku juga tak tahu apa pengakhiran cerita Hana dan Zul ni, tapi nampaknya aku rasa kebahagiaan akan memihak pada Hana. Zul dah mula rimas dengan perangai si Masmira tu. Dan aku yakin, tapi bukan minta perpisahan, jika kita bersungguh minta kebahagiaan pada Allah, nescaya ada jalan yang akan Allah berikan pada kita suatu hari nanti. Mungkin mereka tetap bersama dan bahagia bertiga. Kalau ada kisah yang benar, Allah lebih tahu kemampuan hambaNya. Tiada daya kita melainkan dengan izin Allah. Hati manusia semua Allah yang pegang. Sekelip mata Allah boleh ubah hati manusia.
Jadi, wahai isteri diluar sana yang menghadapi apapun ujian, hatta sekecik-kecik kuman, berdoalah. Hanya Allah yang lebih Mengerti, Lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ingat, kuasa doa mampu mengatasi segala masalah didunia ini.
Love,
Wifey to lovely husband
Comments
Post a Comment