Kehebatan Zikir YA WAHHAB
Ya Allah...Hebatnya kuasa zikir Ya Wahhab...
Masa ibu mula2 start mengamalkan zikir ni ibu tertanya2 apakah maksud Ya Wahhab..kenapa penting zikir Ya Wahhab ni...then ib balik umah terus google meaning die..ha sila tgk bawahnyer!!!
Kehebatan zikir ini is very amazing. Alangkah
hebatnya zikir al-wahhab ini.
Rahsia kehebatan zikir ini baru saya sedar.
Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa
kita rasa hepi, ada masa rasa grumpy, tapi kena set kat otak – “xmau layan cas
–Ve” – Banyak lagi cas +Ve yang perlu kita praktis.
Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini.
Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah
s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.
Rahsia kehebatannya:
1-Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau
selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan
kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan
membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan
dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2-Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta
sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan
tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.
3-Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat
miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali
Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau
seumpamanya).
4-Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak
ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2
rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian
memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah
dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga
Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat
dilangsaikan.
5-Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat
Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
6-Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila
masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan
diperkenankan,insya Allah.
7-Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda
tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas
solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas
atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x
sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan
jadi amalan kita.
Comments
Post a Comment