Kaedah Penyusuan Berkesan
Hari
ni saya nak share cara penyusuan atau pengepaman yang sesuai dan
berkesan untuk memperbanyakkan lagi susu ibu ni. antaranya:
- Makan makanan yang pelbagai dan seimbang untuk membolehkan badan anda terus menghasilkan susu ibu. antaranya banyakkan minum susu atau makan makanan berasaskan sayuran spt brokoli,lobak putih,seleri, sawi putih, peria,
- Tenangkan fikiran semasa sedang menyusukan atau mengepam susu ibu. Fikirkan pasal bayi anda atau pun tatap gamba bayi anda sekira nya bayi tiada di sisi. tgk pict baby kat hanset je ..
- Berikan masa yang secukupnya untuk bayi menghisap susu.
- Pastikan mulut bayi menutup kawasan ‘areola’ (kawasan coklat sekitar puting) supaya dia tidak hanya menghisap puting.
- Apabila menyusu, selang-selikan payudara yang dihisap oleh bayi. Contohnya, semasa penyusuan pertama bayi mula menghisap susu dari payudara kanan sehingga kosong dan kemudian menghisap susu dari payudara kiri. Pada penyusuan yang berikutnya, anda sepatutnya bermula dengan payudara kiri dahulu dan kemudiannya mengulang proses yang sama.
- Susukan bayi mengikut keperluannya, lebih kerap anda menyusukannya, lebih banyak susu yang dihasilkan. mungkin 2-3 jam sekali kita menyusukan bayi pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
- Jangan Tunggu Payudara Penuh. semakin banyak payudara kosong smakin banyak susu ibu akan terhasil. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
- Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.
- Dan juga, banyakkan makanan berprotein.Protin penting kerana komposisi utama dalam susuibu ialah protien dan protin diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yg sihat. Sebab tu mummy suka sgt dgn ESP (energizing soy protin).
- Jika anda mengalami masalah menghasilkan susu ibu atau menghadapi masalah semasa menyusu, janganlah rasa bersalah atau berputus asa. Anda cuma memerlukan sokongan dan nasihat daripada suami dan rakan sekeliling
Moga2 dengan perkongsian ini dapat membantu anda semua menjadi lebih bermotivasi untuk BF anak2 selama yang mungkin..
credit mommyosh
Comments
Post a Comment