Tanda-Tanda Mahu Melahirkan
Wooowww....kali ni baru terlintas nk update pasal tanda2 mahu bersalin...bukan ape..sebab usually first time preggy mommy tak tahu apa tanda-tanda melahirkan. Kalau ikut pengalaman saya sendiri, anak sulong tak ada tanda...tahu tahu dah 3 cm bukaan..tu pon admit sebab air ketuban dah kurang. Anak kedua pulak admit hospital sebab baby kurang gerak...hari nk discaj tu dah kuar lendir+darah...tup2 bersalin.hihihi..tapi saya nk kongsi lah dengan reader semua tanda-tanda mahu bersalin.
Bagaimana saya tahu saya sudah mahu bersalin?
Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi.Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:
- Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
- Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
- Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
- Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya beerlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
- samada anda pernah bersalin sebelum ini;
- bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
- bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.
Bilakah saya perlu menghubungi doktor saya?
Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam pelahiran. Tetapi jika anda tidak pasti samada masanya sudah tiba ataupun belum, jangan malu untuk menghubungi doktor anda.Doktor sudah biasa mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti samada mereka sedang berada dalam proses kelahiran ataupun tidak dan mereka yang memerlukan panduan. Ia adalah sebahagian daripada tugas mereka.
Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi wad bersalin dan bercakap dengan jururawat atau bidan yang boleh memberi nasihat kepada anda.
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya:
- air ketuban anda pecah, atau jika anda syak bahawa anda mengalami kebocoran cecair amnion;
- bayi anda kurang bergerak berbanding biasa;
- anda mengalami pendarahan faraj (kecuali jika ia hanyalah sedikit mukus yang bercampur darah);
- anda mendapat demam, sakit kepala yang teruk, mengalami perubahan dalam penglihatan, atau sakit pada bahagian abdomen yang berterusan dan tidak surut-surut.
Apa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran?
Ini bergantung kepada waktu ia berlaku, apa yang anda suka lakukan dan bagaimanakah perasaan anda. Sentiasa tenang dan relaks boleh membantu proses kelahiran berjalan dan membantu anda menangani kontraksi. Buatlah apa sahaja yang dapat membantu anda kekal tenang.Anda boleh menonton filem kegemaran anda, berehat atau meminta rakan atau ahli keluarga untuk menemani anda. Anda boleh berjalan dan berehat secara berganti-ganti, atau anda boleh mandi air suam untuk melegakan lenguh-lenguh dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk anda bekerja keras nanti.
Dalam fasa awal kelahiran, anda mungkin rasa lapar, oleh itu makan dan minumlah jika anda berselera. Ini dapat menenangkan hati dan membantu anda berehat.
Peringkat awal kelahiran juga adalah masa yang sesuai untuk mencuba posisi yang berlainan dan teknik-teknik pernafasan untuk melihat samada ia boleh membantu anda menangani kontraksi, memandangkan kini anda sedang melaluinya! Jika anda mempunyai mesin TENS, inilah masanya untuk menggunakan mesin ini.
Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam pelahiran?
Ya. Anda mengalami pelahiran palsu jika serviks anda tidak mengembang (doktor anda akan memberitahu anda semasa pemeriksaan), kontraksi adalah tidak menentu dan tidak begitu kuat dan sebarang kesakitan yang anda rasa di bahagian abdomen atau belakang mudah dilegakan dengan mandian panas atau urutan.Seorang ibu yang kami kenali mengalami kontraksi yang kuat selama tiga hari sebelum dia betul-betul dalam pelahiran. Walaupun kontraksinya adalah sakit, ia berlaku tidak menentu dan tidak boleh dijangka, iaitu ia berlaku pada setiap lima minit, tujuh minit, lapan minit, kemudian lima minit dan akhirnya pada setiap lapan minit. Selepas air ketubannya pecah, dia menangis kelegaan, dengan harapan bahawa dia telah berada dalam pelahiran. Betul, dia memang dalam pelahiran.
Bolehkan saya tahu jika pelahiran akan berlaku dalam masa terdekat?
Mungkin. Walaupun anda mungkin tidak sedar semua perkara yang berlaku, badan anda telah membuat persediaan bagi pelahiran sehingga sebulan sebelum pelahiran. Apabila pelahiran bermula, serviks telah mula mengembang dan menipis bagi sesetengah wanita.Tanda-tanda pelahiran yang lain termasuk:
- ringan (apabila kepala bayi mula ke bawah di pelvis anda);
- pertambahan lelehan vagina (walaupun selalunya memang terdapat pertambahan semasa kehamilan);
- pendarahan sedikit (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur darah);
- kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
Comments
Post a Comment