Beza susu ibu anak lelaki dan anak perempuan



Hari ini ibu nak kongsi sikit dengan semua tentang perbezaan kandungan (zat) susu ibu anak lelaki dengan susu ibu anak perempuan. Kita ingat sama je kan? Tapi sebenarnya tak sama....ini hasil kajian dari Doktor Jordan yang mendapatkan info dr seorang Ulama' di negaranya..Jom baca!!

Di sebuah hospital dua orang ibu masing-masing melahirkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.  Masalahnya kedua-dua ibu tadi mengaku mereka melahirkan anak lelaki tersebut. Bayi mereka dinamakan Israa' dan Aa'laa .Oleh kerana kelahiran kedua-dua bayi itu pada waktu dan masa yang sama, maka timbul sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. 

Pada waktu itu, tiada lagi ujian DNA.

Maka seorang doktor pakar dari UM bertanyakan kepada rakannya seorang doktor dari Jordan. Selepas dibuat ujian darah, ditakdirkan Allah s.w.t, kedua-dua ibu itu memiliki kumpulan darah yang sama.  Tiba-tiba doktor Jordan membangkitkan soal al-Quran yang pernah diketahuinya adalah merupakan kitab suci yang memiliki jawapan bagi menyelesaikan segala permasalahan.  Terkejut dengan permintaan itu, doktor Jordan itu segera merujuk ulama dari negaranya. Ulama' itu merupakan antara orang-orang awal yang terlibat dalam dakwah di Malaysia.

Ulama' tersebut meminta kedua-dua ibu itu memerah susu mereka masing-masing untuk mencari kesahihan.  Setelah dibuat kajian tentang kandungan kalsium, zat galian dan seumpamanya, keputusan ujian itu dirujuk kepada ulama tersebut.

Didapati salah satu dari kandungan susu ibu tersebut mengandungi dua kali ganda bahan-bahan yang disebutkan. Maka ulama' itu berpendapat susu ibu yang mengandungi kandungan dua kali ganda lebih banyak itu adalah sebenarnya ibu kandung kepada bayi lelaki tersebut.

Doktor Jordan itu bertanya apa bukti al-Quran ada menyebutkan perihal itu.  Ulama' itu menjawab, bahagian untuk anak lelaki itu adalah dua kali ganda daripada anak perempuan, begitulah juga dalam soal pembahagian harta pusaka. Oleh kerana itu adalah hukum Allah, dan susu ibu juga merupakan 'harta; maka untuk anak lelaki adalah dua bahagian berbanding anak perempuan.



"Men are (meant to be righteous and kind) guardians of women because God has favored some more than others and because they (i.e. men) spend out of their wealth. (In their turn) righteous women are (meant to be) devoted and to guard what God has (willed to be) guarded even though out of sight (of the husband). As for those (women) on whose part you fear ill-will and nasty conduct, admonish them (first), (next) leave them alone in beds (and last) beat or separate them (from you). But if they obey you, then seek nothing against them. Behold, God is most high and great. (4:34)



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox