Adakah ESP (Non GMO soya) tidak patut dijual?
Bila ESP mendapat sambutan ramai, ada pula pihak yang cari isu semata-mata nak lihat orang stop consume ESP. Aduhai...macam-macam penyakit manusia ni.
Sibuk diviralkan pada dunia bahawa soya sebenarnya tak bagus dan cara pemprosesan soya ini sangat tidak sihat pada kita. Jadi mula lah sok sek sana sini bertanyakan adakah Soya ESP Shaklee tidak patut dibeli?
Baik...yang sedang hangat diperkatakan sebelum ini katanya soya mengandungi toksin, soya melemahkan tenaga lelaki, soya buat lelaki lembik dan amacam-macam lagi.
Cuma saya hairan hampir kesemua artikel hanya menyebut
perkataan soya sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan
non-GMO soya (pendirian peribadi saya organic soya termasuk dalam non-GMO
soya). Jadi saya hairan kenapa tiada orang yang mengupas isu 2 jenis soya ini. Ini artikel saya ambil dari Blog LIFEFIT yang mengulas panjang mengenai soya ni...Mintak halal yer en Life fit!!!!
Apa beza GMO dengan Non-GMO?
Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically
Modified Organisms. Ia
bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah
kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang
kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?
Sebab
kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan.
Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan
supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak,
haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis
kekurangan makanan.
Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun
1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko
penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik
lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan
permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan
sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk
soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya
yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’. Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically
Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh
manusia.
Kenapa
saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis
soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi
setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang
boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
1. Produk
soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
2. Produk
soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari
Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya
adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku
kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah
ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya
perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya
bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana
anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.
Tentang
point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana
dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan
sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan
bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi
mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang
makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????
Benarkah soya melemahkan
kejantanan lelaki?
Ada yang berpendapat soya
membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan
lelaki (dalam
erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak
minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik. Phyto-estrogen
adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon
estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat
pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila
estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi
lembut a.k.a pondan.
Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika
anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk
soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh
mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder
berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya
pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga
untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil
kuantiti pada sederhana.
Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan
phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan
risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity
dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100%
kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
Soya mengganggu sistem
pembiakan lelaki dan wanita?
Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen
di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang
serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen
akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang
estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu
ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).
Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya
tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar
berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian
menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar
tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa
ia sebenarnyamembantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah
dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh
rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
Soya menyebabkan kanser?
Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di
dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen
dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser
terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam
diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak
kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk
soya dalam diet harian. Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa
yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling
penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan
phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara.
Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
Soya mengandungi heavy metal
toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada
kesihatan?
Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada
kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah
diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak,
saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju
soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO
yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari
dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda
pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.
Soya bahaya pada kanak-kanak?
Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui
pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada
bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi
trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan
susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. Tapi sebenarnya tidak
ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan… Menurut kajian,
antarakesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan
senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine
fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. Tapi kalau sekadar beri soya
sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan??
Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada
kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.
Jadi
harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan
sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia
dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah
satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia. Tapi
saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak
100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul
tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan
kajian dan pembacaan saya.
ESP
Shaklee Tidak Selamat Ke?????
Sekarang isu ESP Shaklee pula? Ya lah
dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan ESP
Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah
sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah ESP Shaklee hanya
diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO
dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?
Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh
Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee
memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas
dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang
sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak
akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses
penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any
intervention ya.
Dan apa lagi yang bezanya ESP
Shaklee dengan produk soya lain?
Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya
produk soya akan diproses menggunakan alcohol yang bukan sahaja memusnahkan
kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan
pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
Tapi
tidak dengan ESP Shaklee ya.
Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan
ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan
kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan
terpelihara. Pada
yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan
kanser.
Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee
hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak
membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari
tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat
masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak
ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan
lebih baik.
Lagi...ESP ini Indeks Glisemik (GI) dia rendah sangat jadi amat sesuai untuk pesakit KENCING MANIS.
Esp bila kita minum kita akan rasa tenaga yang berpanjangan SEBAB??? Cara ESP memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil bebaskan glukos dalam badan sebab itu kenyang lama dan tenaga pun lama.
Jangan lah mudah terpengaruh dengan sogokan bahawa ESP Shaklee tidak patut dibeli itu kerana mereka hanya mendengar khabar angin sahaja tetapi tidak membuat kajian lebih terperinci mengenai jenis soya yang diperkatakan.
Maaf artikel kali ini agak panjang namun saya harap dapat memberi kefahaman kepada rakan-rakan saya diluar sana.
Love,
IBU UMAR ARRYAN
ESP PROMO----> Buy 6 FREE 1
Comments
Post a Comment