Roti Tempayan Pasir Mas

Salam Jumaat.

Hari ni bersiaran di Kelantan. Ada hal yang perlu diselesaikan jadi kami terpaksa balik minggu ini. Tidak mengapalah, sambil-sambil suami jenguk mak ayah dia dirumah.

Pagi-pagi lagi ibu dah bau nasi belauk kat kedai. Bukan mengidam yer. Belum masa lagi. Hihi. Lalu ajak lah papa keluar beli nasi belauk. Trend di Kelantam memang begini. Pagi-pagi kami suka beli nasi diluar. Sedap dan berbagai perisa.

Kami suka mencuba nasi belauk ayam atau nasi kerabu lain-lain tempat. Kalau sedap kami jadi repeat customer. Kalau tak sedap cukup lah hari iti sahaja!!!

On the way ke pasir mas kira-kira beberapa kilometer nak sampai Pantai Timur Pmas, kami singgah satu kedai nasi. Ingat ada nasi kerabu ayam bakar tapi sudah habes. Lalu suami beli juga lauk ayam gulai. Bau sedap..rasa?? Belum tahu...tawakkal je.

Lalu lah dekat kubur pasir mas aka bawah jalan keretapi, ibu terlintas tentang roti tempayan!!Ya Allah...sedap sangat roti kat kedai dalam gambar ni. Roti dia lembut....tebal...kuah dia gulai kambing.

Harga sekeping roti tempayan ni murah je..tetapi kuah dan lauk nya tu..mahal sedikit. 1 keping roti dan kuah kambing harga rm5. Jadi kalau nak beli banyak, just mintak kuah kosong dan 1 je isi kambing. Memang cukup dah. Sebab kita nak rasa roti dan kuah je..isi ala kadar je. Lalu suami belikan untuk ayah mertua,kami, mak mertua bw g ofis, dan mak mertua suami (mak aku la tu) total 8 keping. Harga dalam rm30+. Perghhhhhh....tetapi tak mengapalah. Sekali sekala gembirakan hati orang tua...diorang memang suka roti tempayan.

Balik rumah, ku suap anak nasi berlauk ayam tadi, rasa memang sedap...tak mengecewakan. Roti pula...memang lah sedap...Alhamdulillah....

Sekian berita hari Jumaat!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox