Kejadian ketika Simpan Duit Syiling Dalam Tabung Haji.

Assalamualaikum.
.
.
Salam sabtu. Ade ke??? Tak apa lah. Okay...aku nak cerita kisah kami nak tukar duit syiling yang sangat banyak. Tapi kat mane? Sebabnya kami bukan sengaja pun simpan duit syiling tu. Jadi one of my friend suggest Tabung Haji. Oh ya!!! Lupa pulak. Dulu pun kami pernah bawak duit syiling ke sana. Masuk akaun arryan rasanya.

Balik dari sekolah, suami terus bawa buku bank Umar dan sebeg duit syiling yang aku agak dalam 5 kilo berat!!!!!! Lenguh gak tangan nak bawa tu. Masuk tabung haji aku amik nombor giliran, aku isi borang simpanan. Siap isi aku nak ke tempat duduk. Aduhhhh..segan weh bawak sebeban beg berat tu.

Aku ni memang tabiat gemuruh tiap kali tunggu angka giliran. Tak tahu lah kenapa. Pelik sungguh. Dalam kepala fikir apa la orang fikir aku bawa syiling banyak ni?? Mesti lama..mesti macam-macam orang fikir. Alahai zairul..sudah-sudah lah. Ok..dah makin dekat turn aku!!takut..malu...mcm2. Padahal dah selalu datang sini  hahahahaha.

Sampai kaunter, aku senyum kat kerani tu. Abang tu cakap tersenyum dengan syiling nampaknya....aduhhhh..malu lagi. Aku tanya boleh ke duit bercampur dengan duit baru? Tak apa katanya. Dia capai beg aku lalu tuang ke dalam mesin kira duit...ketung ketang bunyi...memang betul telahan aku...lama betul..hampir 15 minit dok kira aje...malu!!

Tiba-tiba orang sebelah tegur...

Nape beb?? Dapat cincin ke??

Haaaah??? Cincin??!!!!

Aku tengok dia dah siap sarung dah kat jari..permata dah hilang dah...aduhhhh...malu berganda lagi...cincin pon masuk dalam ni??? Anak punya keje lah ni...huhuhu..senyum aje lahhh...

Akhirnya siap jugak..total RM352.32!!! Alhamdulillah..rezeki anak-anak. Tak sangka pun ada duit sebanyak tu dalam tabung.  Jadi rakan-rakan...tips untuk menabung yang tanpa kita sedari ialah duit syiling. Walau hampir setahun tabungan tu tapi kalau time terdesak..berguna jugak uolsss!!! Pergi je ke tabung haji..simpan lah disana. Kalau nak keluarkan, isi borang pengeluaran siap2.

Duit syiling nampak tak berguna tapi suamiku jenis nak simpan duit. Biar lah beli barang rm1.20 pun..dia tetap bg rm2...lebih tu dia masuk tabung. Thanks to him lah. .sebab tabiat aku hanya tak suka syililing dalam purse..so aku kasi dia simpan..senang kan..hihi..

Ok..sekian berita Tabung Haji melaporkan.

Selamat menabung!!

Comments

  1. cincin pun leh masuk tabung wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Iman...nasib lah anak punya pasal...sb tabung dah boleh buka bawah dia..haru btl,.,biru muka ms kat bank tu...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Anak Kuning Lebih Sebulan Tanda Berpenyakit?