Perkembangan bayi 1 tahun hingga 2 tahun
Saya terlintas nak share topik ini apabila melihat telatah anak saya yang berusia 1 tahun 8 bulan. Macam nak lihat sejauh mana my son follow the graph. So, kita search sedikit dalam pakcik google nih.
Mesti ibu-ibu dan ayah diluar sana pun teruja dengan perkembangan terbaru anak anda kan? Kadang-kadang buat kita tersenyum seorang diri. Kadang-kadang mencabar kesabaran kita. Tapi cepat-cepat istighfar supaya kita tidak lalai dengan panas hati kita.
Siapa yang ada anak sebaya anak saya?? Angkat tangan??? hihihi...silly request!! Klik lah comment post ini..share dengan saya juga.
Berikut saya nyatakan perkembangan bayi 1tahun hingga 2 tahun.
Berjalan, Bertatih, Berlari
Selalunya bayi anda akan memulakan langkah pertamanya diusia ini. Walaupun ada sesetengah si comel sudah dapat kaki walau belum usia 12 bulan, tetapi rata-rata bayi di usia ini sudah mampu melangkah setapak dua. Tapi jangan risau sebab ada lagi bayi yang masih belum melangkah dalam seminggu dua ini. Its normal!
Setelah bayi menginjak ke setahun setengah, mereka sudah boleh berjalan tanpa dipimpin! Seboleh mungkin nak jalan sendiri, jatuh bagun, jatuh bagun lagi!!!
Usia anak saya sekarang, sudah boleh berlari terkedek-kedek..heehehhee..comel tengok bayi usia ini berjalan!!
Makan - Ada bayi di usia ini sudah boleh memegang makanan sendiri, suap sendiri walau apa yang disuap tak masuk pun ke dalam mulut mereka. Seiring dengan usia mereka nanti, kita akan perasan apabila mereka mula memberontak hendak makan dan suap sendiri! Sabar ya ibu-ibu, ini langkah yang biasa dalam usia mereka nak masuk 2 tahun.
Bercakap, Menjerit, Memanggil
Topik hangat yang selalu orang tua tanyakan.
"Anak kamu dah pandai cakap ke belum??"
"Anak si Temah dah banyak yang disebutnya...anak kamu bagaimana?"
Hmmm....biasalah, mereka terlalu teruja nak lihat cucu-cucu mereka pun boleh berbicara!
Walaupun pada tahap ini bayi hanya boleh bertutur
beberapa perkataan selain "mama" dan "dada", didapati
kebanyakan bayi yang berusia satu tahun boleh menyebut ayat pendek dengan
menggunakan nada yang betul walaupun kedengaran seperti bahasa asing.
Pada masa ini, bayi anda sudah boleh memberi respon
kepada soalan dan arahan yang mudah, terutamanya jika anda membantunya dengan
menggunakan pelbagai isyarat tangan. Contohnya, tanyalah "Di mana mulut
kamu?" dan tunjukkan ke arah mulutnya. Atau cuba, "Tolong ambilkan
cawan" dan tunjukkan ke arah objek itu. Bayi anda mungkin menjawab dengan
caranya tersendiri, dengan menggunakan isyarat juga, seperti menggelengkan
kepala untuk menyatakan "tidak".
Gunakan potensi penerimaan yang ada pada bayi anda
sekarang untuk mula mengajarnya bersopan santun dan membina sikap suka
membantu. Tekankan pentingnya kata-kata "sila" atau "boleh
ke?" dan "terima kasih". Di samping itu, jadikan waktu mengemas
alat mainan bayi anda satu masa yang menyeronokkan dengan menjadikannya satu aktiviti
mainan. Walaupun bayi anda mungkin kurang faham akan maksud anda, bukanlah
terlalu awal untuk membentuk tabiat ini.
Tetapi jangan pula anda risau sekiranya hanya satu
dua suku kata sahaja yang mampu anak anda ucapkan kerana itu salah satu
perkembangan yang bagus dalam usia 1 tahun. Mereka akan makin cekap
berkata-kata setelah usia mereka menginjak 1 tahun setengah.
Anak saya yang berusia 1 tahun 7 bulan sangat cekap panggil PAPA sahaja!! yang lain tu singkatan je...
motor jadi tor..
lori jadi yie...
air sebut airrr..
nasi acik..
umi jadi mimi
upin ipin jadi pen pin
ubat..bak
begitulah anak-anak kita. Lambat atau cepat perkembangan pertuturan dia, tetap mencuit hati kita.
Tetapi teruskan lah bercakap dengan mereka, walau belum fasih bertutur, tetapi mereka dapat memahami percakapan kita.
Tips untuk galakkan anak bercakap:
Selalu lah beri arahan pada mereka,
minta amik botol susu,
suruh dia simpan,
suruh dia tolong tolak,
tanya dia nak apa,
tanya dia main apa,
dengar lah bebelan mereka.
hmmmm..i cant stop smiling while wrote this!! Teringat karenah mereka.
So, enjoy teaching our babies! Let them grow by learning and by doing!
Love,
Ibu Umar Arryan
Comments
Post a Comment