Episod Menurunkan Berat Badan Part 2
Alhamdulillah masih berpeluang mencoret diruangan sendiri. Aku nak sambung kisah aku berdiat nih ha...Nak dijadikan cerita diet aku berjalan agak lancar jugak. Namum kisahnya kami sekeluarga balik ke kampung minggu lepas. ohhhh..korang bayangkan lah!! Kampung halaman tu.
Kat kelantan terkenal dengan nasi pagi iaitu nasi berlauk! Sedap yang amat derr!!
Lalu aku pun macam takapa lah, makan sikit jer lah. Suap anak-anak je. Aku hari jumaat tu pagi bedal nasi dahhh!!
Tengahari my sis buat nasi minyak. Memandangkan aku kurang gemar so aku suap anak-anak je lah. Tak makan tengahari. Malam pulak makan nasi kukus Jaemah! Aduhhhh..sedap jugak...abes la diet aku ke laut China selatan dah.
Esoknya suami aku belikan roti tempayan! Memang recommended sangat kalau uols datang tempat I nanti..hihihi.
Tapi..bila dah 2 minggu makan kawal...bila makan lebih sikit aku rasa penuh sangat lah perut.huhuhuu....
Balik Dungun dengan rasa puas hati dan takut nak naik penimbang! Air tu agak2 1 liter je masuk sehari...Ahad pagi lepas solat aku cepat-cepat naik penimbang..dup dap dup dap!!!
taraaaaaa!! 76.8kg!! Alhamdulillah...berat masih setia di situ....aku da takut cecah 78 dah.....terik nafas lega.
Tapi I nak story kat uols, bila kita set nak gigih diet nih, memang lah pelbagai dugaan dan godaan datang melanda. Kena lah tahan sikit. Walau aku cheat terus masa kat Kelantan tapi balik sini cover lah balik. Bunyi kawan-kawan sekeliling memang dah confirm lah. Yang tak faham..yang tak senang..tapi tak mengapa...Hak masing-masing!
Aku bersyukur walau berat aku ni payah nak turun banyak sebab aku menyusu, dan aku still kena amik karbo sebab nanti susu tak banyak. So bersyukurlah dengan pencapaian aku sekarang. Lagipun suami cakap aku dah nampak kurus sikit!! hihihihihi....
Raya Haji esok lusa ni???? Uols doakan hati ku kuat yer...bedal telur daging telor daging je lah nanti....jangan nampak sangat tak makan sebab nanti tetamu kecik hati dia masak kita tak sentuh pun. Amik hati tu sunnah Nabi yer!
Ini jer yang mampu setakat ni. Nanti I update lg yer....uols pun yang mana plan nak turun berat anda, jom lah....disamping diet ini aku amik juga supplement yang tolong bakar lemak dan angkut keluar lemak yg dibakar tu....
Love,
Ibu Umar Arryan.
Comments
Post a Comment