Terpaksa tinggal anak?

Allahuakbar....

Bila tengok gambar dan kes-kes anak kena ainianya dekat tempat asuhan mahupun rumah pengasuh. Sayu hati..!! Sampai hati mereka lakukan budak tiada dosa. Apa salah mereka. Kalau tak nak jaga budak jangan jaga!!! Kalau sebab nak duit, jangan buat keje mudah begitu.

Aku bersyukur sangat sebab dua-dua anak aku mendapat pengasuh yang sangat lah baik. Malah aku rasa mereka jaga anak aku lagi baik dari aku sendiri. Syukur walau kami tidak berpendapatan tinggi tetapi anak2 kami punya rezeki yang banyak dari segi pengasuh mereka. Alhamdulillah. 2 anak lain-lain pengasuh tetapi semua Alhamdulillah cukup baik. Kadang-kadang terasa seperti keluarga kita juga.

Ujian besar bagi ibubapa yang terlibat dengan kes tersebut. Syukurlah mereka dapat tahu. Syukurlah Allah nak selamatkan anak2 itu. Sabarlah wahai ibubapa sekalian. Aku faham kita terpaksa tinggal anak ditaska atau pengasuh kerana kita tiada pilihan. Kita terpaksa keluar mencari rezeki untuk keluarga. Besar ujian dan luluh hati melihat keadaan anak begitu.

Aku pun jika diberi pilihan aku mahu jaga anak sendiri..lihat mereka membesar didepan mata. Walaupun marah,geram tetapi kita tetap ada perasaan kemanusiaan. Jadi aku sekarang berusaha agar one fine day aku akan duduk dirumah as Working At Home Mother menjaga anak suami sepanjang masa. In shaa Allah.
.
Semoga Allah lindungi anak-anak kita dari penderaan, penyiksaan mereka yang tidak bertanggungjawab. Dan semoga mereka insaf suatu hari nanti.
.
Juga kepada semua pengasuh, entry ini dituju untuk mereka yang tertentu sahaja. Janganlah terasa hati yang lain. Bukan semua pengasuh,taska yang tak baik tetapi disebabkan nila setitik, rosak susu sebelangan. Maafkan saya kira saya mengguris perasaan mana-mana pihak.

Salam.

Comments

  1. mm tu la.. dulu masa anak kecik lagi pun akak fikir macam tu juga.. tapi sbb tuntutan kerja kan.. kena la juga cari pengasuh.. ada la 2 orang pengasuh yg penah jaga anak.. dah besar sikit baru antar nurseri.. pun ada kejadian yg kurang menyenangkan... bila jd macam tu.. rasa nak benti keje pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul akk...terasa sangat. Tetapi setakat ni Alhamdulillah pengasuh ok. Next year hantar taska kerajaan yg berdaftar. Semoga selamat semuanya.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Merawat Anak Demam Chicken Pox

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.