Keguguran, Kenali punca dan tanda anda telah keguguran.


Assalamualaikum buat pembaca semua. Sihat hendaknya disamping keluarga tercinta. Baiklah, semalam saya mendapat perkhabaran sedih dari ipar saya mengatakan isterinya mengalami keguguran / miscarriage. Pada mulanya saya ingat mungkin sebab rahim tidak kuat tetapi setelah bertanya dengan biras saya sendiri beliau mengatakan sebab genetik tidak sempurna. Ohhhhh....semasa itu ohhh sahaja sebab saya masih belum faham. Hmmm....jadi ada sedikit selidikan yang saya buat mengenai keguguran/miscarriage ini.


Syukur ditemukan page Dr Nasuha itu. Pakar dalam fertility. Apakah itu keguguran???


Keguguran ialah kehilangan kandungan sebelum 22 minggu waktu hamil. Adalah dianggarkan sebanyak 15-20% kehamilan akan mengalami keguguran dan 80% kes akan berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Risiko untuk mengalami keguguran seterusnya ialah 25%. Risiko ini akan meningkat sekiranya anda pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Walaupun insiden keguguran adalah kerap, ianya memberikan impak yang sangat mendalam kepada wanita yang mengalaminya.


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keguguran berlaku dan ini berbeza antara keguguran yang berlaku pada trimester 1 dan 2 kehamilan:

a) Kromosom yang abnormal pada janin. Ini adalah faktor utama keguguran berlaku pada trimester pertama
b) Implantasi yang tidak elok
c) Penyakit medikal yang kronik yang dihidapi oleh wanita tersebut
d) Infeksi faraj. Keguguran selalunya akan berlaku pada trimester kedua.
e) Trauma yang teruk pada wanita. Contohnya seperti ‘accident’ kereta/ motorsikal
f) Pangkal rahim yang tidak kuat yang dikenali sebagai ‘cervical incompetence’. Ini selalunya hanya akan menyebabkan keguguran pada trimester kedua.

Wanita yang mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi:
  • Umur wanita. Semakin berumur wanita tersebut semakin tinggi risiko untuk keguguran
  • Sejarah keguguran.
  • Penyakit medikal kronik seperti kencing manis, polycystic ovarian syndrom dan penyakit autoimmun seperti antiphospholid syndrom.
  • Sejarah keluarga baby abnormal
  • Pangkal rahim yang lemah (‘Cervical incompetence’)
  • Merokok
  • Meminum alkohol

Kajian menunjukkan semakin meningkat umur seseorang wanita risiko kegugurannya juga meninggi. Ini lebih ketara selepas umur 35 tahun dan peratusnya hampir dua kali ganda selepas umur 40 tahun ke atas.  Semakin meningkat umur seseorang wanita, risiko telur abnormal yang dihasilkan dari kilang ovari juga meningkat. Ini mengakibatkan embrio yang terbentuk adalah abnormal. Ini akan menyebabkan keguguran kerana embrio yang abnormal tidak dapat membesar dengan sempurna.

Simptom Keguguran / Tanda keguguran

1. Sakit - Anda mungkin mengalami kekejangan pada pelviks, sakit perut seperti senggugut, sakit pada bawah belakang, berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.

2. Pendarahan - Darah yang keluar dari faraj mungkin bertompok-tompok atau berketul (beku) dengan banyak berterusan atau sekali-sekala. 
3. Hilang tanda kehamilan - Badan kembali rasa normal dimana tanda kehamilan sebelum ini seperti penat, tidak bermaya, letih, mual, pening tiada lagi. Ini berkermungkinan tahap hormon telah jatuh dimana hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda telah hilang.

4. Tiada denyutan jantung bayi - Denyutan jantung bayi selalunya dikesan melalui ultrasound pada kehamilan ke 6 minggu. Apabila denyutan tidak dapat dikesan, maka itu mungkin tanda bahawa janin telah tiada dan tidak berkembang.

5. Tiada pergerakan janin - Pergerakan bayi yang boleh dirasa pada minggu ke 18 dan minggu ke 24 selalunya akan dapat dikesan apabila ibu terasa kurang atau tiada merasa pergerakan bayi. Segera lah ke hospital jika anda alaminya.

6. Sakit belakang - Kadang-kadang ibu mengalami kekejanga sakit belakang dan ketidakselesaan semasa kehamilan tetapi jika kesakitan itu tajam dan kerap merupakan kontraksi dan isyarat awal keguguran.

7. Ujian UPT positif bertukar negatif - Jika ujian kehamilan di ambil dua hari berturut-turut, hari pertama positif tetapi negatif pada hari kedua ini merupakan tanda awal keguguran malah juga tanda kehamilan luar rahim (ektopik)

8. Lelehan faraj - Jika ada darah keluar, ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj, kemungkinan besar keguguran sudah terjadi.

9. Serviks terbuka - Selalunya, dalam kehamilan yang sihat, serviks biasanya kekal ditutup sehinggalah saat kehamilan tetapi jika serviks anda buka dalam minggu pertama, risiko keguguran adalah tinggi

10. Paras hormon HCGmenurun - Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan,  jika tahap hormon HCG jatuh pada awal kehamilan, risiko keguguran sangat tinggi.


Jenis-jenis keguguran?

  • ‘Threatened miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya terdapat pendarahan dari faraj, tetapi apabila imbasan scan dibuat, jantung janin dapat dilihat di dalam rahim. Pemeriksaan dalaman akan menunjukkan pangkal rahim masih tertutup. Doktor dapat memberikan ubat bernama Duphaston untuk menguatkan rahim dalam kes ini.
  • ‘Inevitable miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan banyak dari faraj dan kesakitan perut berlaku, tetapi apabila pangkal rahim diperiksa menunjukkan ianya sudah terbuka.
  • ‘Complete miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan dari faraj dan kesakitan perut berlaku. Di samping itu. terdapat ketulan darah dan daging / tisu yang keluar. Selepas ketulan darah atau tisu itu keluar, kesakitan dan pendarahan berkurangan. Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya sudah tertutup.
  • ‘Incomplete miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan dari faraj dan kesakitan perut berlaku. Di samping itu. terdapat ketulan darah dan daging / tisu yang keluar. Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya masih terbuka dan masih terdapat daging/ tisu janin di dalam rahim.
  • ‘Missed miscarriage‘. Diagnosis ini selalunya akan dibuat semasa imbasan scan dibuat di mana janin dapat dilihat tetapi tiada degupan jantung dapat dikesan. Selalunya degupan jantung janin boleh dikesan pada minggu keenam kehamilan. Kadang-kala size kantung tersebut tidak membesar langsung. Wanita tersebut selalunya samada tidak mengalami sebarang simptom atau mengalami pendarahan faraj yang sedikit sahaja.
  • ‘Blighted ovum’. Diagnosis ini akan dibuat semasa imbasan scan jika hanya kantung sahaja dapat dilihat. Sekiranya kantung bersaiz 20mm, tetapi tiada janin (‘fetal echo’) yang dapat dilihat. Diagnosis blighted ovum akan dibuat oleh doktor. Ini disebabkan oleh pembentukan uri sahaja dan janin tidak pula terbentuk.
  • ‘Septic miscarriage’. Ini berlaku sekiranya terdapat infeksi rahim berlaku pada waktu yang sama dengan keguguran
blighted-ovum1
                                                        Blighted Ovum

Rawatan untuk keguguran
Ini terpulang kepada jenis keguguran yang berlaku. Antara rawatan yang akan diberikan:
  • Konservatif. Apabila masanya, janin yang tidak terbentuk normal akan jatuh dengan sendirinya. Oleh itu, boleh menunggu dalam anggaran 2 minggu dahulu.
  • D&C. (Dilatation & Curettage) Pembedahan minor di mana pencucian rahim akan dibuat untuk mengeluarkan janin yang tidak terbentuk dengan normal
  • ‘Medical termination’. Sejenis ubat khusus boleh diberikan samaada melalui faraj atau dimakan yang menyebabkan pangkal rahim akan terbuka dan janin tersebut jatuh keluar.
Hendaklah berbincang dengan doktor untuk rawatan yang mana paling sesuai untuk anda. Selepas keguguran, seelok-eloknya hendaklah menunggu selama 3 bulan sebelum mencuba untuk hamil semula.



Berpantang selepas keguguran

Kepada mereka-mereka yang baru keguguran, jangan lupa untuk berpantang seperti orang bersalin. Mereka wajib melalui proses berpantang saperti bertungku, mengurut dan menjaga pemakanan. Jangan ingat anda sihat tidak sakit tidak perlu berpantang, ini penting untuk mengembalikan kesihatan dalaman anda untuk hamil lagi selepas ini.

Di bawah adalah cadangan set pantang yang anda boleh ambil untuk kesihatan badan anda:



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox