Penatnya bertambah sekarang.

Selamat pagi semua!!!


Entry pendek ini saya karang sementara anak ku main air kat bilik air...opsss..jangan risau sebab seluruh bilik air dah covered dengan getah....start duduk rumah tu suami dah bising suruh letak getah...sebab diorang suka sangat buat taman dalam tu..hihi. Kali ni adik@angah main sorang-sorang...

ini lah toilet map @ getah yang kami pasang 1 toilet.
Kandungan dah menginjak ke 24 minggu lebih...maksudnya dah 6 bulan mengandungkan baby ni...perut makin nampak lah baby bumps tu..tapi kalau kat sekolah kawan-kawan selalu tegur tak nampak sangat..maybe sebab saya tinggi orangnya.

Penat!!! Ya...penat sangat sekarang...maybe banyak kerja duduk bangun yang saya buat lately kat rumah. Bangun duduk adalah perkara yang paling melenguhkan pinggang kita..kan??? Anak berak la...mandikan anak la...lap lantai yang tumpah la...Syukur lah papanya banyak take over lebih-lebih lagi bab membasuh dan mandikan si kecik tu. Tadi pun gerak banyak nak tengok dia main air...dia nak itu..nak ini...aduhhhh...keras kejap perut ni..


Lain dah rasanya apabila kehamilan ke 3 ni. Mana nak urus dua beradik tu...yang ini nak makan..yang itu nak susu...nak tidor. Macam-macamlah. Jadi bila ibu kena buat semua tu mengah lah dengan cepatnya. Lebih-lebih lagi sekaramg ni...bergerak sikit dah rasa baby menyucuk kat ari-ari..berkerut dahi tahan rasa tak selesa. Kadang-kadang kena dukung jugak angah tu...sabau je lah...
Maybe aku sudah lupa saat kehamilan pada usia ini sewaktu mengandungkan Umar dulu. Tetapi sekarang kerap tak selesa waktu tidur, nak pusing mengiring lengun, nak terlentang perut tertekan. Aduhhhh...macam-macam. Kadang-kadang tu baby menendang sampai bergegar jugak perut ibu..hihihi....suka sangat!!!

Ok lah....siap dah main air...basah habes pintu depan tandas..abes ke bilik dah ni..mengah nak bangun ni ha.....hihihihi

ok...see you guys later....Assalamualaikum!!

Ibu Umar Arryan and Baby!

Comments

  1. biasaalah tu.

    gua pun penat gak. Kesian tengok bini. Penat je hari-hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la kalau ada rasa kesian pd isteri.. sesetengah ada suami y serah 100% kerja pd isteri. Even urus anak. Patutnya ms ni give n take lah....bertuah isteri awk.... :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Anak Kuning Lebih Sebulan Tanda Berpenyakit?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.