Bila daddy jaga anak: Baju merah, Seluar hijau!!!


Aduiiii...tergelak bila tengok video kat bawah ni. Bila mak tinggalkan anak dengan daddy diorang. Macam-macam jadi kan??? hihihihi...



Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes. from iReach HD on Vimeo.



Baju Merah...Seluar Kuning

Baju siang...Seluar tidur...hihihi

Pampers abang..adik pakai...




macam-macam jadi..tak selaras dah mereka...janji anak mandi, pakai baju....itu yang daddy akan buat. Kalau cari barang pulak...harus 90% tak jumpa...bila isteri masuk cari...nahhhh..dah jumpa! Tengok....bukan kerana suami tak pandai cari, tetapi mereka tidak boleh pay attention terhadap perkara remeh-temeh begini. Memang isteri yang simpan tetapi apabila sudah diberitahu 

"abang,,,barang ni ada dekat sini, barang tu ada dekat situ.."
Dia angguk. Tetapi masuk kepala ke tidak??? hihihihi...wallahualam!! 

lagi haru kalau masuk dapur....ubah sikit je kedudukan...tak jumpa dah....daddy oh daddy. Bagi kaum-kaum wanita yang belum berkahwin diluar sana jangan terkejut jika anda mengalami culture shock selepas berkahwin. Banyak yang anda perlu belajar tentang suami anda. Banyak yang anda perlu give and take after marriage!

Kalau isu ini diketengahkan kepada suami masing-masing..memang tak menang lah kita. hehehe..tak mengapa..kita bukan nak tengok siapa menang. Hanya fakta yang memang sah lagi terbukti. Lelaki tidak boleh melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Mereka tak boleh dalam tengok TV, reply SMS dekat telefon, jawab persoalan kita kat sebelah, atau belek buku!!! Mereka akan fokus untuk satu perkara sahaja. Kalau main HP, tak bercakap lah atau tak pandang dah tv kat depan. Betul tak??? Tetapi kalau kaum hawa ni, dalam tengah masakbatas dapur, boleh basuh pinggan, boleh masak air, boleh sapu sampah, boleh jemur baju...haaaa....amik kau!! Punya lah banyak!

Tetapi kaum bapak-bapak ni ada kelebihan mereka. Walau satu benda yang mereka boleh buat dalam satu masa, tetapi perkara yang mereka buat tu kadang-kadang melebihi tahap kecekapan kita....setuju tak???? Macam suami saya.....kalau dia basuh ayam memang tip top...saya suka!!!! hihihii...sama jugak kalau basuh shi-shi anak...wangi habis lahhhh...

Lelaki dan wanita ini memang berbeza....tetapi setiap pasangan ini dicipta untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kalau kita lompong disitu, dia akan tutup disitu dan begitu lah sebaliknya. Khususnya suami isteri...bukan pasangan kekasih yer...sebab pasangan belum berkahwin ni belum pasti lagi adakah itu jodoh kita. Saya tekankan ialah bagi suami isteri. Tidak perlulah kita bergaduh kerana kekurangan si pasangan kita. Tidak perlu mengeluh dengan keburukan perangai mereka kerana kita sudah tentu ada kekurangan dan keburukan dimata mereka tetapi adakah mereka mengeluh? Terimalah pasangan kita seadanya.



Berbalik pada isu jaga anak...terima sahajalah dengan keadaan anak baju dan seluar lain tu...balik nanti kita mandikan, kita pakaikan lah pakaian yang proper sikit. Asalkan asalkan anak terjaga sudah lah....mereka sanggup nak jaga pun sudah besar rahmat! Sentiasalah berterima kasih kepada pasangan kita!!! Walau hanya ucapan, tetapi besar makna pada mereka.


setiap pasangan adalah anugerah terindah kepada kita
Last but not least...sedikit pesanan dari penaja:

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Merawat Anak Demam Chicken Pox

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.