Viral Croup Boleh Bawa Maut.


Selamat pagi pembaca semua. Pagi tadi saya terbaca satu kisah yang sangat menyayat hati saya sebagai seorang ibu. Kisah seorang ibu bekerja yang anaknya disangka demam biasa tetapi rupanya sedang kritikal :(

Ibu tersebut menyangka anak hanya demam biasa, asthma biasa dan disuruh beri neb untuk anak. Sebab ibu masih bekerja, jadi tunggu balik kerja baru nak bawak klinik swasta.

Apabila dirujuk ke hospital kerajaan, anaknya terus dibawa ke RED ZONE. Rupanya si anak sudah kritikal!!!! Kata doktor anaknya bukan kena asthma tetapi VIRAL CROUP!!

Saya pun tertanya-tanya apa itu viral croup. Saya membuat bacaan dibanyak laman web. Rupanya VIRAL CROUP kelihatan seperti batuk biasa tetapi mampu membawa maut kepada anak! :(

APA ITU VIRAL CROUP???

 

Viral Croup ialah jangkitan atau keradangan kuman pada saluran pernafasan atas yang menyebabkan pembengkakan pada kerongkong dan menimbulkan batuk dan masalah pernafasan. Khususnya apabila menarik nafas. 

Batuk ini akan mengganggu pernafasan anak anda dan sehingga suaranya parau dan batuknya berbunyi seakan-akan salakan anjing (barking cough). Simptom ini lebih teruk pada waktu malam (sejuk) dan apabila anak menangis kerana saluran bertambah sempit apabila menangis.


APA YANG MENYEBABKAN PENYAKIT VIRAL CROUP INI??
Croup ini biasanya disebabkan oleh virus pernafasan syncytial atau virus influenza dan hanya 25% sakit ini disebabkan oleh bakteria. 

Hati-hati juga jika anda duduk dikawasan pembangunan atau kawasan pengubahsuaian bangunan atau rumah kerana salah satunya disebabkan debu dari simen.

Penyakit ini biasanya menyerang anak-anak yang berusia 6 bulan hingga 3 tahun. Virus ini menyebabkan selsema, sakit kerongkong, hidung tersumbat dan demam.

TANDA / SIMPTOM 

1. Batuk yang kedengaran seperti salakan anjing (kong..kong..kong)

2. Demam panas melebihi 38.5 celcius

3. Mata kelihatan layu dan tidak bermaya

4. Anak tidak aktif, penat, kurang bermaya

5. Anak kelihatan seperti diserang asthma

6. (kritikal) Birbir kering, pucat dan kebiruan


TAHAP VIRAL CROUP YANG PATUT IBUBAPA AMBIL TAHU

1. Ringan
 - Croup yang ringan hanya menunjukkan tanda seperti demam, batuk yang berbunyi seperti anjing

2. Sederhana
 - Demam, batuk seperti anjing, DADA masuk ke dalam semasa anak bernafas, pesakit masih boleh bercakap.

3. Kritikal (berat)
 - Batuk sudah tidak kedengaran, pesakit hampir tidak sedarkan diri kerana kurang pernafasan, bibir bertukar kebiruan, demam yang sangat tinggi, suara tidak kedengaran (tidak boleh bercakap). Hanya 1% kanak-kanak mengalami tahap BERAT ini dan anak puan tersebut ialah salah seorang!!!


BAGAIMANA NAK MERAWAT PENYAKIT INI???

Apabila anda sudah dapat mengenalpasti anak anda mengalami croup ini, pastikan anak ankda berada dalam keadaan sangat selesa, berusaha agar anak tidak menangis kerana pernafasan semakin sukar apabila menangis, tenangkan anak semasa doktor merawat menggunakan steriod adrenalin. Mereka juga akan diberi bantuan pernafasan JIKA paras oksigen didalam darah kurang dari 92%. 

PERINGATAN!!!

1. Jangan biar anak tidur bersendirian walaupun croup batuk tidak serius kerana croup yang serius boleh terjadi bila-bila masa sahaja tanpa kita sedari

2. Dapatkan rawatan segera jika anak kelihatan sukar bernafas, kencing yang sedikit, tidak bermaya, enggan makan minum, bibir kebiruan.

3. Pastikan anak anda minum banyak air. Jangan paksa jika dia tidak mahu. Cuma pastikan anak mendapat air yang cukup. Beri anak minum air glukos atau air kelapa yang boleh beri tenaga kepada anak. Namun, jika croup pada tahap kritikal selalunya anak tidak mampu untuk minum dan doktor akan berikan air melalui drip. 


PENCEGAHAN

Anak boleh diberikan imunisasi Haemophilus influenzae tipe b (Hib) dan vaksin campak untuk memberikan perlindungan dari beberapa infeksi yang paling ringan - tetapi paling berbahaya - bentuk infeksi saluran pernafasan. Usia kanak-kanak 6 bulan hingga 6 tahun adalah waktu sesuai untuk vaksin ini kerana VIRAL CROUP amat kerap terjadi pada usia ini.



(Maklumat ini saya ambil juga dari blog Mama.Wafi ibu kepada pesakit yang saya ceritakan tadi.

Bagaimana kisah Adik Luqman? Anda boleh baca disini   ---->>.Kerana Viral Croup Anakku Kritikal


TIPS TAMBAHAN

Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang berusia bawah 2 tahun, anda boleh menggunakan kaedah natural remedies yang boleh meredakan batuk dan selsema bayi agar tidak berlarutan menjadi croup. MERAWAT ANAK DEMAM / BATUK MELALUI NATURAL REMEDIES

TERBARU!!!!

KAEDAH RAWATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH SEMUA LAPISAN UMUR.

BACA SINI RAWATAN ASMA TANPA MENGGUNAKAN UBAT YANG PANTAS DAN SELAMAT

CIKGU ZACK

0169423689

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox