Bayi Lahir Pra Matang???? Apa Perlu Anda Tahu?

Dalam ramai2 reader blog ibu ni mesti ada yang pernah berpengalaman melahirkan anak pra-matang. Yang dimaksudkan dengan bayi pramatang adalah bayi yang dilahirkan pada usia kandungan kurang dari 37 minggu. 

Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan. Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.



Risiko yang mungkin ada bagi kelahiran pramatang

Terdapat banyak faktor risiko yang lain. Ingatlah bahawa anda mungkin positif bagi semua faktor-faktor ini, namun, masih boleh mengandung bayi anda sehingga genap sembilan bulan atau anda yang tidak positif bagi faktor-faktor ini, namun, masih melahirkan bayi secara pramatang. Faktor-faktor risiko ini ialah:

• jangkitan pada vagina dan saluran urin;

• hamil kembar atau lebih;

• merokok;

• mengambil dadah seperti kanabis, ekstasi atau kokain;

• hidup dalam kemiskinan;

• menjadi mangsa keganasan rumahtangga;

• beberapa keabnormalan pada uterus;

• pernah menjalani pembedahan serviks sebelum ini;

• pernah menggugurkan kandungan;

• pernah mengalami keguguran, terutamanya di antara minggu ke-16 dan ke-24;

• pernah mengalami kelahiran pramatang;

• bertukar pasangan di antara dua bayi pertama anda.


 


Penjagaan bayi pramatang sedikit berbeza dengan bayi yang cukup bulan kerana bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan teliti. Berikut saya kongsikan sedikit info yang perlu anda tahu tentang penjagaan bayi pramatang ...

Apakah yang diperlukan bayi pramatang?



  • Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup

Bayi pra matang tidak mempunyai lemak yang secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Oleh yang demikian bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi itu cukup untuk mengekalkan suhu badan.

  • Pemakanan dan Tumbesaran

Bayi pra matang mempunyai keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pra matang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.


Pemakanan yang sesuai untuk bayi pramatang



Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pra matang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya. Kelazimannya bagi bayi yang belum lagi boleh menyusu, susu ibu perlu dipamkan dan susu itu diberi melalui tiub.



Susu ibu mempunyai khasiat yang lebih kerana ia mengandungi protein yang membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pra matang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat susu itu.



Masalah-masalah yang kerap dialami bayi pramatang

 

  • Jaundis (penyakit kuning)

Masalah yang paling kerap dialami bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran. Secara amnya bagi bayi yang jaundis mereka akan diletakkan di bawah lampu ungu untuk menurunkan tahap kuning bayi terbabit.

  • Apnea
Apnea adalah keadaan di mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

  • Anemia (Kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung. Adalah agak mudah untuk mengetahui jika bayi anda mengalami anemia. Ia boleh dikesan melalui ujian darah. 
  • Masalah pernafasan (Respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku. Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pra matang berfungsi dengan lebih baik. Dalam pada itu, jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.
  • Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dia dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan. 
  • Patent Ductus Arteriosus(PDA)
Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA, bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Terdapat ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan. 
  • Masalah Retina 
Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh mengalami kecederaan dan ini boleh menyebabkannya mengalami masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.

Selepas keluar dari unit rawatan rapi

Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak. Bagi bayi yang mengalami komplikasi pramatang, mereka memerlukan proses pemantauan yang lebih rapi. 
Sokongan sepatutnya diberikan kepada keluarga yang mempunyai bayi pramatang. Ini kerana penjagaan yang rapi dan sebagainya menyebabkan keluarga berasa tertekan dalam membesarkan bayi itu. Sistem sokongan ini masih belum lagi ada di kebanyakan hospital.
Credit: Being Mary
Semoga dengan perkongsian ini, ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang dapat membuat persiapan yang lebih rapi dalam menyambut kelahiran dan membesarkan si manja yang selama ini dinanti-nanti.
p/s: Ibu-ibu mengandung perlu mengambil asid folik yang mencukupi untuk mengelakkan kelahiran pra matang..Asid folik adalah sejenis vitamin B9 yang larut air . Larut air ni bermakna ia larut di dalam air. Ia dilakukan melalui saluran darah dan dikumuhkan dalam air kencing. Tubuh kita tidak dapat menyimpan asid folik, justeru kita perlu mengambilnya setiap hari untuk memastikan pengambilan jumlah yang mencukupi.  Vitamin B9 (termasuk asid folik dan folat) adalah penting untuk beberapa fungsi tubuhShaklee ada menawarkan vitamin B COMPLEX untuk ibu2 diluar sana. B Complex shaklee memang mengandungi asid folik dan tak perlu telan 2 biji vitamin dah...1 biji saje dah memadai. 
Ibu-ibu boleh rujuk DISINI 

Comments

  1. pengalaman ada anak pra matang.. memang mencabar...alhamdullillah sihat dan sekarang dah umur 4 tahun.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur. Hanya orang tertentu yang mampu hadapi ujian begini..Tahniah sis.

      Delete
  2. Sedang menghadapi ujian anak pramatang,bayi lahir prem 33w berat 1.3kg..masih di nicu..baru 7 hari dlm incubator..doakan sy serta suami kuat semangat menghadapi ujian dr Nya..amiiin...

    ReplyDelete
  3. Salam... kawan2 saya nak tny .. anak saya dah 2 thn tapi masih x boleh bercakap... lahir di usia 27 minggu dgn berat 1.3 ... dia cuma keluarkan bunyi saja... tapi x jelas percakapan.... ada sesiapa yg alami masaalah seperti ini?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Merawat Anak Demam Chicken Pox

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.