Atasi Kencing Tidak Lawas

Bismillah...Ya Allah, mudahkan pemahaman mereka yang membaca entry ini dan berilah mereka kesenangan di dunia dan akhirat. Aminn. 

Kali ini z rasa nk cerita mengenai kencing tak lawas. Korang pernah alami tak? Terasa nk kencing,tp lepas g toilet sikit n tak puas rs..after a few minutes, trasa nk membuang lg..itu tanda kencing tak lawas. 

Korang pernah tak alami seperti berikut?

  • Kerap ke toilet..Lebih 10 kali dalam sehari 
  • Masa nk kuar kencing rasa pedih2, perit, air kencing pun panas je.
  • Kencing tak puas(macam ada lagi air kencing yang nak keluar tapi xkeluar2 pon)
  • Kencing tak habis
  • Sakit pada bahagian ari2 
  • Tak leh nak tahan kencing (ada jugak yang terkucil tengah jalan)
  • Kadang kala alami kencing berdarah (doktor cakap ada darah sikit dalam air kencing)
  • Demam

Tetapi apa punca kita alami begitu?

  1. Tahan kencing (rs nk tggu balik rumah, leceh nk g toilet, tangguh dulu)
  2. Kurang minum air ( air putih ya..bkn air manis, ais dll, min 3liter per day)
  3. Hygiene (dalaman samada panties yg basah, kena kerap tukar,kang kena jangkitan kuman)

Bagaimana nak atasi?? Hmmm..z pon belum jumpa petua yg lain tp ada satu y z jumpa ni dari berita harian yang berbunyi:

Ambil sebiji nenas yang kurang masak dan buang kulitnya, bersihkan. 
Ambil 2 hirisan/potong dan kisar bersama2 2 gelas air dan tapiskan. Amalkan minum 2 kali sehari dan lihatlah hasilnya.

Satu lagi, pastikan anda minum cukup air putih supaya toksin dikeluarkan dr badan anda dan juga dapat elak kuman berkumpul di dalam sana.


Tips Pemakanan Untuk Penghidap Kencing Tak Lawas

1. Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi.

2. Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein

3. Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan keradangan salur kencing

4. Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.

5. Elakkan gula berlebihan. Tinggi aras gula dalam darah menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.

Jadi pembaca semua, jangan amik mudah yer air putih, tahan kencing bagai ni..nak2 yg dah bersalin akan ada masalah mengawal kencing..kdg2 dah kerap sgt tahan, terkucil tgh jalan...kan ke naya....

zairul
0134576329

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Anak Kuning Lebih Sebulan Tanda Berpenyakit?