Ku Pendam Sebuah Duka


Ku Pendam Sebuah Duka 

Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimpi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...

Apa kaitan dengan lagu ni?? Ade ke? Tak de lah tetiba terngiang2 lagu ini dlm kepala..search la..semua d hujung jari. sebenarnya malam ni nak buat entry ttg out of my core topics which is shaklee..cuti sekejappp.

Memang kalau cinta sudah tiada manisnya, tiada indahnya, tiada kehangatannya adakah kita patut melepaskan atau merelakan cinta itu berlalu pergi? Hakikatnya jika ikutkan emosi memang kita akan menangis, sedih kenapa cinta tiada lagi pd si dia. sedangkan kita setiap saat, setiap detik mencintai dia. tetapi jangan lah berduka kerana sedih,,kecewa adalah hadiah dr Yang Maha Esa supaya kita sedar dan ingat bahawa cinta pada manusia tidak akn pernah kekal abadi..sedangkan kita lupa cinta kepada Yang Esa adalah kekal abadi..tiada tandingan.

Jika ditakdirkan anda dan pasangan anda (either one) mendung datang melanda rumahtangga, hidup anda, maka jangan sedih..gunakan akal..cuba hidupkan kembali hubungan kalian walau si dia sudah mula tawar hati dgn anda kerana ini rumahtangga anda, masa depan anda. Cuba dan terus mencuba. In shaa Allah ada hikmah disebalik itu. yesss..benar, menulis, bercakap mmg senang but action speak louder than words. Nk buat itu susah sbb ini mainan hati sis, bukan barang, bukan pakaian yg boleh di 'oter' sesuka hati. Tapi percayalah, 
-Siapa yg pegang hati manusia???
-Siapa yg ubah hati manusia??

Allah...Dia yang memegang hati manusia, Dia yang tahu apa yang Dia rancang pd kita. Jadi berdoalah, memintalah pd Nya. La hawla wala quwwatailla billah... Kita tiada daya upaya melainkan izin Allah..jadi pegang lah kata-kata itu, yakinlah pada Allah. Dia menjanjikan yang terbaik utk kamu. Tetapi Allah tidak suruh kita duduk dan tunggu je hikmah itu..bukan, Allah mahu kita doa dan usaha..
We do our best, let Allah do the rest! In shaa Allah bahagia menanti. Tak kira lah dengan siapa pun anda nanti, sabar dan hadapilah ujian kesedihan, ujian kekecewaan, ujian cinta kalian...saya berpesan pd diri saya juga..Nk menangis? nk bersedih, merintih? Mengadulah pd Dia. Ya Sami' Allah Maha Mendengar. Walau dalam lintasan hati kita...terus Allah dengar tetapi Allah lagi suka bila hambaNya mengadu, merintih pdNya, Allah kata doa lah pada Aku,,Mintalah pd Allah, Aku Maha Kaya...Cepat atau lambat, makbul atau tidak itu urusan Dia. Kita teruskan berdoa agar sinar kemanisan itu cepat datang kpd kita agar kita dpt rs kemanisan dr ujian yg melanda.
Saya cuba memberi dorongan, sokongan kepada mereka diluar sana yg mengalami situasi spt lagu di atas, baik dikalangan kekasih, mahupun suami isteri. kerana hati manusia berbolak balik, hati manusia sentiasa berubah, jadi teguhkan lah hati mu utk hadapi situasi begini. Bak kata ustaz dlm tanyalah ustaz: teguhkan lah tiang rumahmu dikala cuaca msih elok, maka pabila tiba banjir, angin kencang, rumahmu tetap utuh, gagah berdiri disitu menghadapi situasi yg mendatang. Maksudnya, binalah hati yg kuat, kepercayaan keyakinan yg kuat pd Allah, bina hubungan baik dengan Allah, nescaya jika ujian melanda mu, hati mu seteguh batu, hatimu tidak merasa kecewa yg amat kerana hubunganmu dengan Allah sudah teguh. MasyaAllah hebatnya kuasa Allah. Ubah lah kesedihan itu kepada pahala..dengan sentiasa berzikir pd Allah, selawat pd Rasul, solat sunat, mcm2 lg...jangan kesedihan, kekecewaan itu menjadikan kamu lalai....alihkan fikiran kamu kpd amalan rohani mu..tambah, tambah dan tambah. In shaa Allah ini lah hikmah dan hidayah Allah. 

Akhir kata, walau apa terjadi, ingatlah, Allah bersama kamu. Biar tiada siapa membantu, disampingmu tetapi Dia tidak pernah lupakan mu. kerana manusia yg terpilih sahaja yg diberi ujian kerana ujian akn mengangkat darjat manusia lebih tinggi dr manusia yg lain,lebih dekat dengan Pencipta.


Love,
z

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox