Awasi Pengidap G6PD Deficiency!
Setahun yang lepas selepas melahirkan Ahmad Umar Ukasyah, saya dikejutkan dengan panggilan dari hospital menyatakan anak saya adalah kekurangan G6PD. Benda apa lah g6pd ni...Penyakit merbahaya ke..aduhaiii..hati risau. Lepas itu bila bayi kena kuning jadi special kes 5hari darded sbb g6pd...
Jom saya nk share yang saya dapat dari MyLittleYaya. TQ sis for your explanation.
Apa
yg dimaksudkan dengan kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)?
G6PD
(glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah suatu enzim keturunan dalam sel
darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan
dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan
sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun
melalui makanan.
Masalah kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau
penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina,
lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara
am, ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang
pernah sering mengalami Malaria.
Para ibu bapa tidak
perlu risau jika anak anda mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya
ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika si anak terdedah kepada
ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di
dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap,
lebih kuat melawan penyakit Malaria.
Pada
kebiasaanya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tali pusat bayi akan dihantar
untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal. Di antara ujian yg akan dibuat ialah
dengan mengambil paras sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Sekiranya enzim G6PD
kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan bayi
menghidap penyakit kuning (jaundis) dan pucat serta mungkin boleh memudaratkan
bayi.
Disebabkan kekurangan G6PD ini biasanya adalah penyakit keturunan, dengan itu ia adalah sepanjang hayat. Bagi bayi yang didapati kekurangan enzim G6PD, bayi perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan kuning dapat dipantau dan dirawati. Selalunya, rawatan akan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kuning dan sekiranya bayi terlalu pucat, kemungkinan perlu untuk dimasukkan darah. Sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya. Bayi kemudian akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain.
Apakah Langkah-langkah pengawasan yang
boleh anda lakukan sekiranya anda atau anak anda menghidapi masalah kekurangan
enzim G6PD ini?
Sebagai
ibu bapa kepada anak yg menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini, anda
haruslah peka dan sentiasa memantau setiap ubatan ataupun makanan yg anak anda
ambil. Elakkan anak anda daripada mengambil sebarang ubatan atau makanan yg
boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dengan lebih awal.
Pastikan
sebarang ubatan yg diambil haruslah mendapat kelulusan dan kebenaran dari pakar
perubatan. Elakkan dari mengambil sebarang ubatan tanpa arahan doktor dan
maklumkan kepada doktor mengenai keadaan anak yg kekurangan enzim G6PD setiap
kali anak memerlukan ubatan. Elakkan dari mengambil atau memberikan anak
sebarang jamu, ubatan tradisional atau ubat-ubat senseh. Dipercayai juga
sebarang minyak sapu perut atau kepala boleh memudaratkan. Saya juga ada
terbaca mengenai larangan menggunakan Vicks dari seorang pakar perubatan tapi
tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Apa pun tidak salah jika kita cuba elakkan.
Kacang
Parang -- Antara makanan yg perlu dielakkan oleh penghidap masalah kekurangan
G6PD
|
Dari
segi makanan pula, seharusnya dielakkan daripada makanan-makanan seperti kacang
parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue,
kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan
berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana
alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.
Berikut
pula adalah ubat-ubatan serta antara makanan yang tidak boleh diambil atau
perlu dielakkan oleh penghidap masalah kekurangan enzim G6PD:
Ubat
untuk Merawat Malaria:
·
Choroquine
·
Hydroxycloroquine
·
Primarquine
·
Pamaquine
·
Quinine
Contoh Aspirin -- Antara ubatan yg
perlu dielakkan
|
·
Mepacrine
(Quinacrine)
Ubat
Penahan Sakit
·
Acetylsalicylic
Acid (Aspirin)
·
Phenacetin
(Acetophenetidin)
·
Aminopyrine
(Amidopyrine)
Ubat
Antibiotik
·
Chloramphenicol
·
Cotrimoxazole
(Bactrim)
·
Furazolidine
·
Nalidixic
Acid
·
Nitrofurantoin
·
Nitrofurazone
·
Para-Aminosalicy
Acid
·
Ubat-ubatan
berasaskan Sulfur dan sebagainya
·
Sulfapyridine
·
Sulfasalazine
Lain-Lain
·
Fava
Bean (jenis kacang parang)
·
Naphtalene
(Ubat Gegat)
·
Ubat
tradisional
·
Parabenecid
·
Dimercaprol
·
Dapsone
·
Procainamide
·
Para-Aminobenzoic
Acid
·
Silver
Sulphadiazine Cream
·
Methylene
Blue
ubat gegat ---> Jauhkan dari anak penghidaop.
Spray Ubat nyamuk...jauhkan dari bau nya!!!
Apakah
pula tanda-tanda sekiranya termakan ubat atau makanan yang tidak sesuai??
Ibu
bapa semua perlu alert ya dan segera bawa anak ke hospital sekiranya terdapat
tanda-tanda berikut pada anak anda ya:
·
Anak
kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
·
Anak
mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
·
Air
kencing berdarah atau berwarna teh pekat
·
Letih
/ lesu dan tidak bermaya
·
Demam
Jadi, untuk first tima parents, anda perlu banyak membaca. Andai bayi anda disahkan kekurangan g6pd maka anda tidak perlu risau cuma hanya perlu pantau pemakanan mereka shj.
Diharap
sedikit sebanyak perkongsian hari ini dapat memberi panduan kepada anda semua
ya. InsyaALLAH kekurangan enzim G6PD ini jika dikawal dan dipantau pemakanan
serta ubatan yg diambil tidak akan mendatangkan apa2 kemudaratan atau masalah
yg serius. Apa-apa pun sebelum pengambilan apa2 jenis produk mahupun
ubat-ubatan dapatkanlah nasihat daripada pakar perubatan anda terlebih dahulu.
Assalamualakum...kalo ibu mnyusu..kita ambik ginseng ngn klorofil,boleh ke?sb baby menyusu kita..
ReplyDelete