Mak...saya sayang mak.

Bismillah..

Saya terpanggil untuk memberikan pendapat peribadi tentang hari memperingati jasa ibu. Sejujurnya saya setuju dengan semua ahli ulamak tentang perkara yang tidak patut disambut.

Tetapi...perasan tak..bila tibanya hari ibu ini...ramai yang call..jumpa..membawa ibu keluar makan..beli hadiah untuk ibu..

Wahhh..yang dah lama tak contact ibu kat kampung..yg dah lama tak belanja ibu mereka..yg lama xbwa ibu kuar makan..Alhamdulillah...terdetik juga dihati mereka utk hubungi ibu mereka. Walhal hari2 ialah hari ibu..hari-hari perlu hargai ibu. Tetapi apabila ada spesific tarikh ni...ibu2 yang sedang menanti panggilan anak mereka..dapat juga dgr suara anak mereka. Sedih kan???

Jangan lah ikut budaya orang tetapi anggaplah ia satu cara atau alarm utk anda dan saya juga yg sering lupa...sering lalai dlm menjaga perasaan mereka sepatutnya untuk memgingati ibu kita. Mungkin kita sibuk dengan kerja harian tp adanya tarikh tertentu..menyebabkan kita meluangkan msa untuk ibu kita.jika sebelum ini tak ada masa..skg ada masa.

Saya sering menegur diri sy sendiri..jangan sekali2 lupa jasa ibu kita...bak kata suami saya...jika kita mahu anak layan kita baik..maka layan lah ibu kita dengan baik...karma..karma..

Mak....adik minta maaf jika ada terkasar bahasa..jika sering menyakiti mak..sering lalai dalam menjaga adap dgn mak..ampunkan adik...takkan ada ibu yang setanding mak bg adik..takkan ada ibu yg sanggup bergadai demi ank2 nya...walau suamimu tiada lagi di sisi....terima kasih...

Ya Allah..lindungi ibu ku...beri kesihatan pada ibuku..pelihara ibu ku...selamatkan ibuku di dunia dan akhirat..aaminn.

Comments

  1. Terharu pulak baca artikel ni..mak, saya pun sayang mak juga...

    ReplyDelete
  2. Hafizul....saya menitik air mata msa taip tu...tapi malu nak luah pada mak sb kami jarang meluahkan kata2 begitu pada mak....hanya melalui ini saya mampu..one day will tell her that i love her...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox