Akhirnya awak temui rumah awak!!


Entry yang pendek ini adalah untuk awak.

Saya kenal awak melalui A. Awak datang dalam hidup saya tanpa saya minta. Awak merayu-rayu supaya saya terima awak. Awak bagaikan orang asing yang mahukan rumah saya tapi bila saya enggan beri awak curi. Saya jaga penat2 awak amik dari saya.

Saya hampir kehilangan rumah saya. Saya menangis kerana rumah yang saya jaga mahu ikut awak. Kenapa saya di duga begini? Saya berdoa..saya merayu pada Allah agar rumah saya dikembalikan dan awak jumpa rumah yang sesuai utk awak.

Awak tak salah..mungkin rumah saya terlalu cantik dan selesa buat awak. Sehinggakan awak mahu berteduh dirumah saya. Saya tak mampu bawa orang asing masuk rumah saya. Maafkan saya..

Saya tahu..seseorang pernah beritahu saya..jangan lupa the power of doa. Jangan meminta pada manusia tapi mintalah pada Allah. Ya...saya sangat mengharap pada Allah. Saya rasa setiap saat saya berhubung dengan Allah. Terima kasih Allah.

Awak tetap degil mahukan rumah saya. Nak beli macam2 untuk rumah saya. Saya tak nak!! Biar rumah saya kosong tapi saya tetap mahukan rumah saya. Awak buat saya menangis..buat saya merana...

Saya tak pernah doa buruk pada awak. Saya hanya doa yang suatu hari nanti awak akan jumpa sebuah rumah yang jauh lebih selesa dari rumah saya....aminn!!

Setahun berlalu...saya hampir melepaskan rumah saya. Saya rela merempat..asalkan rumah saya dijaga rapi dan rumah saya selesa dengan tuan baru. Pergilah..awak amik lah..sebab awak terlalu degil mahu rumah saya.

Saya tetap dengan doa saya...dalam hati yang remuk hancur masih saya simpan harapan yang saya akan dapat balik rumah saya....Ya Allah..berikan yang terbaik utk saya.

Akhirnya....setelah pelbagai harungan saya harungi seorang diri...saya dapat kembali rumah saya!!! Alhamdulillah...Engkau Maha Mendengar doaku Ya Rabbi...

Walau awak masih gilakan rumah saya..awak akhirnya akur dengan takdir yang awak bukan ditakdirkan mendiami rumah saya. Saya masih keliru...jika kalau-kalau awak datang ke rumah saya..tetapi saya positifkan minda saya..saya tetap doa awak jumpa rumah yang awak mahukan.

Dan....bertarikh 30 mei 2014..awak istihar pada semua yang awak baru beli rumah baru...cantik atau tidak saya tak mahu tahu...Alhamdulillah...sekali lagi doa ku dimakbul..cara Allah beri..memang tanpa kita jangka dan sangka...Ya Allah..syukur!!!

Saya doakan awak puas hati..suka..happy dengan rumah baru awak..hias lah secantik sekreatif mungkin...moga nanti awak akan lebih menghargai rumah awak. Jangan sesekali biar orang lain curi rumah awak..

Selamat maju jaya...ampun maaf dari saya!!!

♡tuan rumah biasa♡

Comments

  1. Alhamdulillahhhh.... tahniah awak sbb kuat dan sabar hadapi tu sume.. Allah da hadiahkan awak kemanisan dr sabar awak tu.. (giler skema ayat aku :p )

    ReplyDelete
  2. A'ah skema..tq awak...awak pon dah dpt kemanisan itu...hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Anak Kuning Lebih Sebulan Tanda Berpenyakit?